Jurnal

Friday, March 03, 2006

Kes Judi

PENDAKWA SYARIE

DENGAN

ARIFFIN BIN MOHD KASSIM
(NO. K/P: 510409-08-5813)

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Di Klang, Selangor Darul Ehsan (Di hadapan Tuan Hakim Mohamed Fouzi Bin Mokhtar) Bertarikh Pada 13 hb Mei 2004

KES JENAYAH BILANGAN 10003-138-70 - 2004

Isu/Abstrak
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 –Kesalahan di bawah Seksyen 17 – Berjudi – Tertuduh Membeli Nombor Ramalan – Sabitan Bersalah dibuat di atas Pengakuan Salah Tertuduh -

Fakta Kes









Keputusan
Diputuskan bahawa mahkamah ini mensabitkan tertuduh seperti berikut:-

Atas Sabitan Bersalah terhadap Tertuduh Ariffin Bin Mohd Kassim No. Kad Pengenalan: 510409-08-5813 di bawah Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu Berjudi -
Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2900.00 atau 4 bulan penjara dan Pesalah ini dipenjarakan selama 10 hari mulai hari ini.

Peguam Syarie
Tuan Haji Hairuddin Bin Abd. Samad bertindak sebagai Pendakwa Syarie
Tertuduh tidak diwakili Peguam Syarie

Surah Al-Quran Yang Dirujuk
Surah An-Nisa’, ayat 135
Surah An-Nisa’, ayat 59
Surah An-Isra’, ayat 32

Hadis Yang Dirujuk
إنما الأعمال بالنيت

Kitab Yang Dirujuk
Kitab Khosiah I’annatut Talibin, Juzu’ 3,
Kitab Mughni al-Muhtaj, Jilid 2

Undang –Undang Yang Dirujuk
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995
(Seksyen 17 (1) )
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 62 (2) (a))
Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996
(Seksyen 3, 17, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77)
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 96)

Kes –Kes Yang Dirujuk
Aishah Binti Abdul Raof lawan Wan Mohd Yusof Bin Wan Othman
Mohd. Ibrahim bin Mohd. Shariff lawan Pendakwa Syarie Pulau Pinang

ALASAN PENGHAKIMAN
Sebelum mahkamah memberikan keputusan mahkamah perlu meneliti samada mempunyai bidangkuasa mendengar kes ini dan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh di atas pengakuan salahnya. Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) No. 1/2003 ada menyatakan bahawa:-
62. (2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
(a) dalam bidangkuasa Jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi RM 3,000.00, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan itu; dan

Begitu juga dengan Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995 telah diperuntukan tentang hukuman mengenai kesalahan sepertimana yang telah dilakukan oleh Tertuduh. Seksyen tersebut memperuntukan bahawa:-
17. (1) Mana – Mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi.
(3) Dalam seksyen ini, “rumah jadi” ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, samada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud perjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, samada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.

Setelah mahkamah meneliti kesemua seksyen-seksyen yang disebutkan di atas, mahkamah berpuashati bahawa ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada tertuduh setelah mahkamah mendengar pengakuan bersalah dan setelah mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah tertuduh itu. Oleh yang demikian, mahkamah telah mensabitkan tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan pihak pendakwa dan setelah mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwa telah mengemukakan keterangan-keterangan yang jelas dan kukuh serta membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan seperti dinyatakan di atas berdasarkan fakta-fakta seperti di bawah:-

Pertuduhan
ARIFFIN BIN MOHD KASSIM (NO. K/P: 510409-08-5813) ;
Bahawa kamu pada 27.09.2003, lebih kurang jam 5.35 petang di dalam kedai Pan Malaysian Pool, No. 29, Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Daerah Klang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dituduh berjudi iaitu membeli tiket nombor judi 1 + 3 D. Maka dengan itu kamu dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 tahun 1995.

Ulasan Mahkamah
Pada pendapat mahkamah pihak pendakwa berjaya membuktikan fakta-fakta tersebut dengan jayanya dan berjaya membuktikan tertuduh berkhalwat yang mana pembuktian dakwaan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pendakwa selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi:-
على من انكر واليمين المدعى على البينة
Maksudnya: Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar

dan juga telah memenuhi kehendak dan keperluan yang disyaratkan dalam Seksyen 3, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 yang mana kesemua seksyen-seksyen itu menyebut seperti Seksyen 3 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 menyebut:-
3. “ keterangan” termasuklah –
a. bayyinah dan syahadah;
b. segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut lisan;
c. segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen-dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar.

Seksyen 48 Enakmen yang sama
48. Kandungan dokumen boleh dibuktikan samada dengan keterangan primer atau melalui sekunder.

Seksyen 49
49. Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah.

Seksyen 50
50. Keterangan Sekunder termasuklah –
a. salinan diperakui yang diberikan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada itu;
b. salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu.

Seksyen 73
73. (1) sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung atas kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka beban membuktikan terletak pada orang itu.

Seksyen 74
74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding adalah terletak pada orang itu yang mungkin gagal sekiranya tiada apa-apa keterangan jua pun diberikan oleh mana-mana pihak.

Seksyen 75
75. Beban membuktikan ssesuatu fakta tertentu adalah terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.

Seksyen 76
76. Beban membuktikan mana-mana fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai mana-mana fakta lain adalah terletak pada orang yang hendak memberikan keterangan itu.

Seksyen 77
77. Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah terletak padanya dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

Dalam kes ini, Sabitan bersalah tertuduh juga disabitkan oleh mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh sebanyak tiga kali, secara sukarela, tanpa sebarang paksaan atau pujukan mana-mana pihak terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh dan di atas kebenaran fakta kes serta dokumen yang dikemukakan pihak pendakwa. Tertuduh juga memahami kesan akibat pengakuan salah tersebut ketika disoal oleh mahkamah.Pengakuan salah oleh tertuduh pada pandangan mahkamah sudah mencukupi untuk mahkamah mensabitkan kesalahan tertuduh iaitu berjudi. Pada mahkamah pengakuan tertuduh tersebut adalah mengikat diri tertuduh sendiri selari dengan kaedah yang menyebut :-
بإقراره مؤخذ المرءُ
yang bermaksud: Seseorang itu dipegang berdasarkan pengakuannya”

Selain itu, pada pendapat Mahkamah pengakuan salah tertuduh itu juga merupakan satu iqrar tertuduh terhadap fakta pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan iqrar tertuduh itu telahpun memenuhi kehendak seperti yang disyaratkan oleh Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Selangor ini. Dalam hal ini, mahkamah merujuk Kitab Khosiah I’anat Talibin, juzu’ 3 muka surat 382 yang berbunyi:
الإقرار لغة الإثبات وشرعا إلحق بحق عليه
أيضا بحق عليه يسمى اعتراف
Maksudnya: Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan manakala menurut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang ke atas dirinya. Iqrar juga disebut sebagai iktiraf.

Di dalam kitab Mughni al-Muhtaj, Jilid 2 muka surat 238 ada disebut yang bererti:-
“Rukun iqrar itu ada 4 perkara iaitu muqirrun (orang yang beriqrar), muqarrun lahu (orang yang diberikan iqrar untuknya oleh orang yang beriqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar) dan muqirrun bihi (hak atau kepentingan yang diiktiraf oleh pihak yang beriqrar).”

Selain itu, Surah An-Nisaa ayat 135 ada menyebut :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ.....
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri....”

Secara jelas, ayat ini menerangkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kesaksian ke atas diri kamu sendiri itu ialah iqrar, iaitu pengakuan dengan hak yang didakwa ke atas diri sendiri. Sebagai contoh misalan Rasulullah SAW menerima iqrar melakukan zina daripada Maiz dan Ghamidiyyah dan Baginda memerintahkan had zina dijatuhkan ke atas mereka membuktikan keesahan pembuktian secara iqrar dalam hukum syarak. Manakala dari sudut perundangan, mahkamah merujuk Seksyen 17 (1) Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 yang menyebut:-
17.(1) Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

Seterusnya Seksyen 17 (2) Enakmen yang sama juga menyebut:-
17.(2) sesuatu Iqrar hendaklah dibuat –
a. dalam mahkamah, di hadapan hakim; atau
b. di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang akil baligh dan adil.

Dalam kes ini rukun iqrar telah dipenuhi sepenuhnya. Orang yang berikrar ialah Tertuduh sendiri, orang yang diberikan iqrar ialah Hakim, pengakuan bersalah merupakan sighah, dan hak yang diiqrarkan ialah melakukan kesalahan di bawah sub seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/ 1995. Pada pendapat Mahkamah, kedua-dua seksyen di atas juga telah memenuhi kehendak Seksyen 96 (a) dan (b) Bahagian X Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor 1991 yang menyatakan:-
96. Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:
(a) apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya samada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;

Dalam kes ini, Mahkamah telah mendapatkan pengakuan bersalah tertuduh sebanyak tiga kali yang mana tertuduh mengakui mendengar dan faham akan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, dan bersetuju dengan pertuduhan yang dibacakan oleh Pembantu Pendaftar mahkamah. Selain itu, tertuduh juga mengakui bahawa fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie adalah benar dan bersetuju akan kebenaran segala fakta tersebut. Selain itu, berdasarkan iqrar tertuduh bahawa tertuduh faham akibat daripada pengakuan salahnya dan pengakuan bersalah yang dibuat adalah secara sukarela, tiada paksaan dan tidak bersyarat. Oleh itu, dengan akuan tertuduh tersebut, mahkamah berpuashati bahawa pengakuan bersalah tertuduh hendaklah diterima dan bolehlah direkodkan oleh Mahkamah. Ianya bersesuaian dengan kehendak undang-undang seperti yang dinyatakan oleh Seksyen 96 (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang berbunyi:-
96. (b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan sama ada pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu;
Dengan syarat bahawa sebelum sesuatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;

Berdasarkan seksyen di atas, setelah akuan atau pengakuan bersalah tertuduh diambil dan direkodkan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh di atas sabitan bersalah tersebut. Bagi kesalahan kes ini iaitu pelanggaran terhadap Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 telah menyatakan dengan jelas tentang hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen ini seperti kes tertuduh pada hari ini. Seksyen tersebut menyatakan seperti berikut:-
17. (1) Mana – Mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan peruntukan tersebut adalah jelas, sekiranya seseorang itu telah disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dengan salah satu daripada tiga (3) bentuk hukuman yang diperuntukan iaitu samada menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM 3,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Persoalan juga timbul berdasarkan peruntukan di atas, apakah Mahkamah mempunyai kuasa budibicara yang luas dalam membuat keputusan untuk menjatuh hukuman?

Berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang boleh dijatuhkan kepada tertuduh boleh dikenakan secara khusus dan tidak perlu bagi mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut turutan bentuk hukuman yang dinyatakan seperti peruntukan Seksyen 17 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995 tersebut. Pendapat mahkamah dalam peruntukan itu jelas dinyatakan bahawa Mahkamah mempunyai budibicara yang luas dalam menjatuhkan hukuman kerana peruntukan itu menggunakan perkataan “boleh dihukum” yang mana ia tidak mengikat mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mengikut turutan hukuman yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut. Apatah lagi, berdasarkan peruntukan Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995 tersebut menggunakan perkataan “atau” sebagai perantaraan di setiap hukuman yang diperuntukan.

Mahkamah merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama 1995 dalam muka surat 93 dinyatakan bahawa perkataan “atau” diertikan sebagai “pilihan”. Manakala di dalam Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1993 dalam muka surat 64, perkataan “atau” membawa maksud (1. kata yang digunakan untuk menunjukkan atau menyatakan) 2. salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dll).

Perkara utama yang perlu mahkamah mengambil kira dalam menentukan sesuatu hukuman adalah sebarang hukuman mahkamah kepada tertuduh boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan dan balasan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada semua masyarakat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh. Dalam menentukan apa-apa hukuman terhadap tertuduh dan pesalah bagi kesalahan ini tidak dapat lari daripada hukuman yang dinyatakan di atas. Namun dalam pada masa yang sama mahkamah perlu pastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan bertujuan untuk mencegah pesalah mengulanginya dan orang lain dari melakukannya. Dalam pada itu, mahkamah berpendapat dalam kes hukuman ta’zir ini, kuasa mahkamah dalam menentukan hukuman yang telah ditetapkan oleh undang-undang agak luas dan boleh membuat pelbagai pilihan dalam menentukannya.

Oleh kerana hukuman dalam kes ini adalah hukuman ta’zir, Mahkamah merujuk kitab Al Ahkam As Sultaniyyah dalam muka surat 205 karangan Al-Mawardi menyebut yang maksudnya:-
“Ta’zir juga suatu istilah yang kalau disebut secara tunggal akan bermaksud hukuman atau keseksaan. Bagi maksud kesalahan ia perlu disebut kesalahan-kesalahan ta’zir. Sebagai suatu hukuman para fuqaha mendefinisikannya sebagai hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan samada untuk kepentingan individu atau masyarakat dalam semua kes selain kes hudud dan qisas.”

Manakala di dalam Kitab Al-Fiqh al-Islami waadillatuh, Juzu’ 6 halaman 197 pula menyebut “takzir merupakan hukuman yang dikenakan ke atas jenayah atau maksiat yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.”

Hukuman ini termasuklah samada jenayah tersebut terhadap hak Allah seperti makan disiang hari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan meninggalkan solat atau terhadap hak manusia. Hukuman takzir ini boleh dilakukan dalam bentuk pukulan/sebatan, tahanan/penjara dan memberi malu (tawbikh). Para imam mazhab tidak mengharuskan takzir dengan cara mengambil harta pesalah kerana ianya merupakan kezaliman. Manakala Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim menentukan bahawa takzir dengan mengambil harta boleh dilakukan dengan kesalahan-kesalahan tertentu dalam mazhab Maliki, Hambali dan salah satu qaul dalam mazhab Shafi’i.

Dalam kitab yang sama juga di halaman 202 dijelaskan bahawa telah diriwayatkan dari Abi Yusuf bahawa harus bagi pemerintah melaksanakan takzir dengan cara mengambil harta pesalah ialah dengan menahan harta pesalah dalam jangka masa tertentu dengan tujuan memberi pengajaran kepadanya kemudian dipulangkan kembali harta tersebut. Penahanan harta tersebut hendaklah bukan untuk kepentingan pemerintah atau Baitul Mal. Di dalam Kitab At-Ta’zir Fi Al-Syariah Al- Islamiah oleh Dr. Aziz Aamir dalam muka surat 52 menyebut maksudnya:
“Fuqaha’ mentakrifkan (takzir) sebagai satu pembalasan yang ditetapkan kadarnya, diwajibkan samada sebagai hak Allah atau hak manusia, di dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had atau kaffarah, mempunyai tujuan yang sama seperti pembalasan had (hudud), iaitu memberikan pengajaran (ta’dib, mengadakan pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr)”

Tujuan utama perlaksanaan hukuman ta’zir dalam syariat Islam ialah untuk mengajar, (ta’dib), pencegahan dan pengajaran di samping pemulihan dan pendidikan. Pencegahan ertinya mencegah pesalah dari mengulangi kesalahannya di samping mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Disebabkan pencegahan merupakan tujuan utama hukuman ta’zir maka apa-apa hukuman mestilah mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah memastikan setiap hukuman yang dijatuhkan terhadap seseorang pesalah atau tertuduh adalah hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan memastikan hukuman yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada tertuduh dan masyarakat Islam awam lain dan mendidik tertuduh dan masyarakat kita supaya patuh kepada perintah Allah, Rasul dan Pemimpin kita sendiri yang mana kita telah memilih mereka. Sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59 yang berbunyi:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ ....
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan pemimpin-pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah).

Dalam syariat Islam, Pemerintah mempunyai kuasa mengarah dan menyuruh ke atas rakyatnya yang mana arahan itu menjadi kewajipan yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh rakyat selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Dalam hal ini, Pemerintah telah membuat satu undang-undang yang menyatakan bahawa melakukan perbuatan berjudi adalah suatu kesalahan di sisi Undang-undang. Selain itu, mahkamah juga harus meneliti dan menghalusi, menilai, meneliti perkara – perkara yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam menentukan sesuatu hukuman antaranya:-
1. Besar atau kecil kesalahan yang dilakukan
2. Rayuan pihak-pihak

Pada pendapat mahkamah dalam hal menentukan samada besar atau kecil kesalahan yang dilakukan adalah sesuatu yang subjektif. Namun bagi Mahkamah samada besar atau kecil kesalahan ini bergantung kepada kesan yang ditinggalkan akibat daripada kesalahan ini kepada masyarakat awam. Selain itu, mana-mana prinsip am jenayah sekalipun ianya bergantung kepada dua keadaan ini iaitu:-
Pertama, kesalahan tertuduh itu telah menyebabkan suatu kejadian atau tanggungjawab di letakkan ke atas bahunya kerana tertuduh telah menyebabkan wujudnya satu keadaan yang di larang undang-undang atau dikenali sebagai Actus-rea ataupun dalam bahasa mudah perbuatan tertuduh adalah salah dan berlawanan dengan peraturan dan undang-undang malahan hukum syarak.

Kedua, bahawa tertuduh berada dalam keadaan fikiran yang jelas berhubung dengan sebab kejadian ataupun wujudnya keadaan dan kejadian tersebut ataupun dikenali sebagai mens-rea ataupun bahasa lebih mudah adalah dengan niat melakukan kesalahan tersebut. Ia sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:-
إنما الأعمال بالنيت
Maksudnya: Sesungguhnya segala perbuatan itu dimulakan dengan niat……

Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat actus-rea tersebut perlu dibuktikan disamping elemen mens-rea atau niat itu secara bersama memandangkan kedua-duanya berkait rapat dalam terjadinya sesuatu perlakuan yang bersalahan dengan peraturan dan undang-undang. Setelah berpuashati bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa bagi mendengar dan memutuskan kes ini dan setelah yakin bahawa mahkamah mempunyai budibicara yang luas dalam membuat keputusan dengan matlamat menghukum tertuduh sesuai dengan kesalahan yang telah dilanggar di bawah seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995.

Mahkamah dengan ini, berpendapat bahawa tertuduh dengan melakukan kesalahan ini telah dengan sendirinya telah melanggar larangan dalam agama Islam iaitu berjudi. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas melarang umat Islam daripada berjudi melalui Firman Allah surah Al-Maidah ayat 90;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90)
Yang membawa maksud:
Wahai Orang-Orang yang beriman! sesungguhnya (meminum) Arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhila perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.”

Sesungguhnya apabila agama Islam melarang sesuatu perbuatan maka Islam juga turut melarang apa jua usaha yang boleh membawa kepada berlakunya sesuatu kesalahan tersebut. Oleh itu, perbuatan tertuduh yang membeli nombor ramalan atau berjudi merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral di sisi Agama Islam. Perkara ini juga boleh menjadikan tertuduh dipandang serong oleh ahli keluarganya sendiri samada anak-anaknya mahupun adik beradiknya yang lain. Akibat dari itu tertuduh dengan sendirinya telah menunjukkan contoh teladan yang negatif kepada ahli keluarganya.

Mahkamah juga berharap agar hukuman yang dikenakan bukan sahaja menginsafkan tertuduh agar tidak mengulangi lagi kesalahannya. Mahkamah juga berharap pengajaran kepada tertuduh juga dirasai oleh masyarakat awam yang lain di masa kebanyakan manusia di kawasan ini suka kepada acara pergaulan d antara lelaki dan perempuan tanpa batas ini mahkamah sepatutnya menghukum dengan hukuman yang berat kepada tertuduh. Walaubagaimanapun mahkamah perlu mematuhi had kuasa yang diberikan oleh Undang-undang negara ini dalam melaksanakan sesuatu undang-undang.

Dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah iaitu ;-
Resit Judi 1+3D sebanyak 11 keping yang bernilai RM 30.00

KESIMPULAN

Mahkamah ingin menjelaskan tujuan hukuman terhadap tertuduh adalah bagi memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan merupakan hukuman yang dapat menyedarkan, memberi pengajaran dan menginsafkan tertuduh di samping boleh dijadikan pengajaran bahkan juga kepada orang awam lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Apatah lagi semasa mengemukakan rayuan, tertuduh hanya meminta diringankan hukuman denda dan penjara tanpa menzahirkan rasa insaf dan akujanji tidak akan melakkan lagi kesalahan ini. Jauh sekali tertuduh menunjukkan penyesalan atau keinsafan tertuduh di atas kesalahan yang sememangnya dirancang samada melalui perkataan mahupun tingkahlaku tertuduh. Bagi mahkamah, tertuduh langsung tidak insaf, tidak menyesal mahupun meminta maaf di atas kesalahan tertuduh. Jadi bagaimana rayuan tertuduh itu harus dipertimbangkan? Sekiranya tertuduh tidak mengetahui cara bagaimana mengemukakan rayuan seharusnya tertuduh melantik Peguam Syarie bagi membantunya dalam kes ini.

Mengulas rayuan tertuduh, Mahkamah berasa amat dukacita kerana tertuduh tidak menggunakan peluang ini bagi meyakinkan Mahkamah apa yang perlu dipertimbangkan berkaitan dirinya sebelum hukuman dijatuhkan. Secara tidak langsung mahkamah beranggapan bahawa tertuduh ini seorang yang ego dan seolah-olah tidak menyesali perbuatannya apabila langsung tidak merayu terhadap hukuman yang akan dijatuhkan. Oleh itu, Mahkamah ini tidak nampak bagaimana mahkamah perlu mengambilkira rayuan tersebut berdasarkan pendapat Mahkamah seperti berikut:-
a. Tertuduh semasa melakukan kesalahan ini mengetahui bahawa tindakannya adalah salah dan mengetahui risiko dan bahaya yang akan menimpanya jika melakukan kesalahan itu.
b. Tertuduh telah menyedari bahawa perbuatan berjudi ini merupakan kesalahan sejak tahun lebih 10 tahun lalu. Sebagai seorang Islam, Mahkamah merasakan tertuduh memang sengaja membelakangkan perundangan Syariah di negeri ini dan hukum syarak kerana sanggup melanggarnya sehingga ke sekian kalinya.

Mahkamah bersetuju dengan hujjah pendakwa supaya hukuman yang hendak dijatuhkan perlulah hukuman yang setimpal dengan kesalahannya yang telah tertuduh lakukan. Namun pada pendapat mahkamah apakah hukuman yang wajar, setimpal dan boleh dijadikan pengajaran kepada tertuduh ataupun seluruh masyarakat. Mahkamah mengharapkan dengan hukuman yang akan mahkamah jatuhkan memberi pengajaran dan peringatan kepada tertuduh dan semua masyarakat termasuk Hakim Bicara sendiri supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Keputusan
Setelah mahkamah sabitkan tertuduh melakukan kesalahan di bawah seksyen Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 dan setelah mahkamah mendengar rayuan dan pendapat kedua-dua belah pihak tertuduh dan pihak pendakwa. Berdasarkan alasan-alasan di atas dengan ini mahkamah memerintahkan seperti berikut:-

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2900.00 atau 4 bulan penjara dan Pesalah ini dipenjarakan selama 10 hari mulai hari ini




………………………...............
Tandatangan Hakim
13.05.2004

Khalwat

PENDAKWA SYARIE

DENGAN

SUKREE BIN MASUYU
(NO. PASSPORT: 328358)

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Di Klang, Selangor Darul Ehsan (Di hadapan Tuan Hakim Mohamed Fouzi Bin Mokhtar) Bertarikh Pada 12 hb Ogos 2004

KES JENAYAH BILANGAN 10003-143-110 - 2004

Isu/Abstrak
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 –Kesalahan di bawah Seksyen 29 – Berkhalwat – Tertuduh Berkhalwat dengan wanita yang bukan Mahram – Sabitan Bersalah dibuat di atas Pengakuan Salah Tertuduh -

Fakta Kes







Keputusan
Diputuskan bahawa mahkamah ini mensabitkan tertuduh seperti berikut:-

Atas Sabitan Bersalah terhadap Tertuduh Sukree Bin Masuyu No. Passport: 3283585595 di bawah Seksyen 29(1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu Berkhalwat:-
Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2900.00 atau 4 bulan penjara dan Pesalah ini dipenjarakan selama 30 hari mulai hari ini.

Peguam Syarie
Tuan Haji Hairuddin Bin Abd. Samad bertindak sebagai Pendakwa Syarie
Tertuduh tidak diwakili Peguam Syarie


Surah Al-Quran Yang Dirujuk
Surah An-Nisa’, ayat 135
Surah An-Nisa’, ayat 59
Surah An-Isra’, ayat 32

Hadis Yang Dirujuk
إنما الأعمال بالنيت

Kitab Yang Dirujuk
Kitab Khosiah I’annatut Talibin, Juzu’ 3,
Kitab Mughni al-Muhtaj, Jilid 2

Undang –Undang Yang Dirujuk
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995
(Seksyen 29 (1) (a))
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 62 (2) (a))
Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996
(Seksyen 3, 17, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77)
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 96)

Kes –Kes Yang Dirujuk
Aishah Binti Abdul Raof lawan Wan Mohd Yusof Bin Wan Othman
Mohd. Ibrahim bin Mohd. Shariff lawan Pendakwa Syarie Pulau Pinang

ALASAN PENGHAKIMAN
Sebelum mahkamah memberikan keputusan, mahkamah perlu meneliti samada mempunyai bidangkuasa mendengar kes ini dan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh di atas pengakuan salahnya. Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) No. 1/2003 ada menyatakan bahawa:-
62. (2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
(a) dalam bidangkuasa Jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi RM 3,000.00, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan itu; dan

Begitu juga dengan Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/1995 telah diperuntukan tentang hukuman mengenai kesalahan sepertimana yang telah dilakukan oleh Tertuduh. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa
29.(1)(a) Mana – Mana orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya;
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Setelah mahkamah meneliti kesemua seksyen-seksyen yang disebutkan di atas, mahkamah berpuashati bahawa ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada tertuduh setelah mahkamah mendengar pengakuan bersalah dan setelah mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah tertuduh itu. Oleh yang demikian, mahkamah telah mensabitkan tertuduh melakukan kesalahan di bawa Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan pihak pendakwa dan setelah mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwa telah mengemukakan keterangan-keterangan yang jelas dan kukuh serta membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan seperti dinyatakan di atas berdasarkan fakta-fakta seperti di bawah:-

Pertuduhan
SUKREE BIN MASUYU (NO. PASSPORT: 328358);
Bahawa kamu pada 13.05.2004 lebih kurang jam 03.15pagi di dalam rumah sewa di alamat No. 42, Jalan 9, Bandar Baru Sultan Sulaiman 42000 Pelabuhan Klang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dituduh berada bersama (khalwat) dengan dua (2) orang perempuan bernama Nor Azimah Binti Mohamed (No. K/P: 850921-03-6288) dan Zaharah Binti Ab. Satar (No. K/P: 850527-11-5746) sedangkan dia bukan isteri atau muhrim kamu, dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 tahun 1995.





Ulasan Mahkamah
Pada pendapat mahkamah pihak pendakwa berjaya membuktikan fakta-fakta tersebut dengan jayanya dan berjaya membuktikan tertuduh berkhalwat yang mana pembuktian dakwaan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pendakwa selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi:-
على من انكر واليمين المدعى على البينة
Maksudnya: Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar
dan juga telah memenuhi kehendak dan keperluan yang disyaratkan dalam Seksyen 3, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 yang mana kesemua seksyen-seksyen itu menyebut seperti berikut:-
Seksyen 3 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 menyebut:-
5. “ keterangan” termasuklah –
(a) bayyinah dan syahadah;
(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut lisan;
(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen-dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar.

Seksyen 48 Enakmen yang sama
48. Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau melalui sekunder.

Seksyen 49
49. Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah

Seksyen 50
50. Keterangan Sekunder termasuklah –
a. salinan diperakui yang diberikan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada itu;
b. salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu.

Seksyen 73
73. (1) sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung atas kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka beban membuktikan terletak pada orang itu.

Seksyen 74
74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding adalah terletak pada orang itu yang mungkin gagal sekiranya tiada apa-apa keterangan jua pun diberikan oleh mana-mana pihak.

Seksyen 75
75. Beban membuktikan ssesuatu fakta tertentu adalah terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.

Seksyen 76
76. Beban membuktikan mana-mana fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai mana-mana fakta lain adalah terletak pada orang yang hendak memberikan keterangan itu.

Seksyen 77
77. Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah terletak padanya dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

Dalam kes ini, Sabitan bersalah tertuduh juga disabitkan oleh mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh sebanyak tiga kali, secara sukarela, tanpa sebarang paksaan atau pujukan mana-mana pihak terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh dan di atas kebenaran fakta kes serta dokumen yang dikemukakan pihak pendakwa. Tertuduh juga memahami kesan akibat pengakuan salah tersebut ketika di soal oleh mahkamah. Pengakuan salah oleh tertuduh pada pandangan mahkamah sudah mencukupi untuk mahkamah mensabitkan kesalahan tertuduh berkhalwat atau berdua-duan di tempat terselindung yang boleh menimbulkan syak. Pada mahkamah pengakuan tertuduh tersebut adalah mengikat diri tertuduh sendiri selari dengan kaedah yang menyebut :-
بإقراره مؤخذ المرءُ
yang bermaksud: “Seseorang itu di pegang berdasarkan pengakuannya”

Selain itu, pada pendapat Mahkamah pengakuan salah tertuduh itu juga merupakan satu iqrar tertuduh terhadap fakta pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan iqrar tertuduh itu telahpun memenuhi kehendak seperti yang disyaratkan oleh Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Selangor ini. Dalam hal ini, mahkamah merujuk Kitab Khosiah I’anat Talibin, juzu’ 3 mukasurat 382 yang berbunyi:
الإقرار لغة الإثبات وشرعا إلحق بحق عليه
أيضا بحق عليه يسمى اعتراف
Maksudnya: Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan manakala menurut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang ke atas dirinya. Iqrar juga disebut sebagai iktiraf.

Di dalam kitab Mughni al-Muhtaj, Jilid 2 muka surat 238 ada disebut yang bererti:-
“Rukun iqrar itu ada 4 perkara iaitu muqirrun (orang yang beriqrar), muqarrun lahu (orang yang diberikan iqrar untuknya oleh orang yang beriqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar) dan muqirrun bihi (hak atau kepentingan yang diiktiraf oleh pihak yang beriqrar).”

Selain itu, Surah An-Nisaa ayat 135 ada menyebut :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ.....
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri....”

Secara jelas, ayat ini menerangkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kesaksian ke atas diri kamu sendiri itu ialah iqrar, iaitu pengakuan dengan hak yang didakwa ke atas diri sendiri. Sebagai contoh misalan Rasulullah SAW menerima iqrar melakukan zina daripada Maiz dan Ghamidiyyah dan Baginda memerintahkan had zina dijatuhkan ke atas mereka membuktikan keesahan pembuktian secara iqrar dalam hukum syarak. Manakala dari sudut perundangan, mahkamah merujuk Seksyen 17 (1) Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 yang menyebut:-
17.(1) Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

Seterusnya Seksyen 17 (2) Enakmen yang sama juga menyebut:-
17.(2) sesuatu Iqrar hendaklah dibuat –
(e) dalam mahkamah, di hadapan hakim; atau
(f) di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang akil baligh dan adil.

Dalam kes ini rukun iqrar telah dipenuhi sepenuhnya. Orang yang berikrar ialah Tertuduh sendiri, orang yang diberikan iqrar ialah Hakim, pengakuan bersalah merupakan sighah, dan hak yang diiqrarkan ialah melakukan kesalahan di bawah sub seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/ 1995. Pada pendapat Mahkamah, kedua-dua seksyen di atas juga telah memenuhi kehendak Seksyen 96 (a) dan (b) Bahagian X Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor 1991 yang menyatakan:-
96. Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:
(a) apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;

Dalam kes ini, Mahkamah telah mendapatkan pengakuan bersalah tertuduh sebanyak tiga kali yang mana tertuduh mengakui mendengar dan faham akan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, dan bersetuju dengan pertuduhan yang dibacakan oleh Pembantu Pendaftar mahkamah. Selain itu, tertuduh juga mengakui bahawa fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie adalah benar dan bersetuju akan kebenaran segala fakta tersebut.

Selain itu, berdasarkan iqrar tertuduh bahawa tertuduh faham akibat daripada pengakuan salahnya dan pengakuan bersalah yang dibuat adalah secara sukarela, tiada paksaan dan tidak bersyarat. Oleh itu, dengan akuan tertuduh tersebut, mahkamah berpuashati bahawa pengakuan bersalah tertuduh hendaklah diterima dan bolehlah direkodkan oleh Mahkamah. Ianya bersesuaian dengan kehendak undang-undang seperti yang dinyatakan oleh Seksyen 96 (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang berbunyi:-
96. (b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan samada pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu;
Dengan syarat bahawa sebelum sesuatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;

Berdasarkan seksyen di atas, setelah akuan atau pengakuan bersalah tertuduh diambil dan direkodkan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh di atas sabitan bersalah tersebut. Bagi kesalahan kes ini iaitu pelanggaran terhadap Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 telah menyatakan dengan jelas tentang hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen ini seperti kes tertuduh pada hari ini. Seksyen tersebut menyatakan seperti berikut:-
29. (1) Mana – Mana
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya;
di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik fdalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan peruntukan tersebut adalah jelas, sekiranya seseorang itu telah disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dengan salah satu daripada tiga (3) bentuk hukuman yang diperuntukan iaitu samada menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM 3,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Persoalan juga timbul berdasarkan peruntukan di atas, apakah Mahkamah mempunyai kuasa budibicara yang luas dalam membuat keputusan untuk menjatuh hukuman?

Berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang boleh dijatuhkan kepada tertuduh boleh dikenakan secara khusus dan tidak perlu bagi mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut turutan bentuk hukuman yang dinyatakan seperti peruntukan Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995 tersebut. Pendapat mahkamah dalam peruntukan itu jelas dinyatakan bahawa Mahkamah mempunyai budibicara yang luas dalam menjatuhkan hukuman kerana peruntukan itu menggunakan perkataan “boleh dihukum” yang mana ia tidak mengikat mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mengikut turutan hukuman yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut. Apatah lagi, berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9/1995 tersebut menggunakan perkataan “atau” sebagai perantaraan di setiap hukuman yang diperuntukan.

Mahkamah merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama 1995 dalam muka surat 93 dinyatakan bahawa perkataan “atau” diertikan sebagai “pilihan”. Manakala di dalam Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1993 dalam muka surat 64, perkataan “atau” membawa maksud (1. kata yang digunakan untuk menunjukkan atau menyatakan) 2. salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dll).

Perkara utama yang perlu mahkamah mengambil kira dalam menentukan sesuatu hukuman adalah sebarang hukuman mahkamah kepada tertuduh boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan dan balasan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada semua masyarakat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh. Dalam menentukan apa-apa hukuman terhadap tertuduh dan pesalah bagi kesalahan ini tidak dapat lari daripada hukuman yang dinyatakan di atas. Namun dalam pada masa yang sama mahkamah perlu pastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan bertujuan untuk mencegah pesalah mengulanginya dan orang lain dari melakukannya. Dalam pada itu, mahkamah berpendapat dalam kes hukuman ta’zir ini, kuasa mahkamah dalam menentukan hukuman yang telah ditetapkan oleh undang-undang agak luas dan boleh membuat pelbagai pilihan dalam menentukannya.

Oleh kerana hukuman dalam kes ini adalah hukuman ta’zir, Mahkamah merujuk kitab Al Ahkam As Sultaniyyah dalam muka surat 205 karangan Al-Mawardi menyebut yang maksudnya:-
“Ta’zir juga suatu istilah yang kalau disebut secara tunggal akan bermaksud hukuman atau keseksaan. Bagi maksud kesalahan ia perlu disebut kesalahan-kesalahan ta’zir. Sebagai suatu hukuman para fuqaha mendefinisikannya sebagai hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan samada untuk kepentingan individu atau masyarakat dalam semua kes selain kes hudud dan qisas.”

Manakala di dalam Kitab Al-Fiqh al-Islami waadillatuh, Juzu’ 6 halaman 197 pula menyebut “takzir merupakan hukuman yang dikenakan ke atas jenayah atau maksiat yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.”

Hukuman ini termasuklah samada jenayah tersebut terhadap hak Allah seperti makan di siang hari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan meninggalkan solat atau terhadap hak manusia. Hukuman takzir ini boleh dilakukan dalam bentuk pukulan/sebatan, tahanan/penjara dan memberi malu (tawbikh). Para imam mazhab tidak mengharuskan takzir dengan cara mengambil harta pesalah kerana ianya merupakan kezaliman. Manakala Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim menentukan bahawa takzir dengan mengambil harta boleh dilakukan dengan kesalahan-kesalahan tertentu dalam mazhab Maliki, Hambali dan salah satu qaul dalam mazhab Shafi’i.

Dalam kitab yang sama juga di halaman 202 dijelaskan bahawa telah diriwayatkan dari Abi Yusuf bahawa harus bagi pemerintah melaksanakan takzir dengan cara mengambil harta pesalah ialah dengan menahan harta pesalah dalam jangka masa tertentu dengan tujuan memberi pengajaran kepadany kemudian dipulangkan kembali harta tersebut. Penahanan harta tersebut hendaklah bukan untuk kepentingan pemerintah atau Baitul Mal. Di dalam Kitab At-Ta’zir Fi Al-Syariah Al- Islamiah oleh Dr. Aziz Aamir dalam muka surat 52 menyebut maksudnya:
“Fuqaha’ mentakrifkan (takzir) sebagai satu pembalasan yang ditetapkan kadarnya, diwajibkan samada sebagai hak Allah atau hak manusia, di dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had atau kaffarah, mempunyai tujuan yang sama seperti pembalasan had (hudud), iaitu memberikan pengajaran (ta’dib, mengadakan pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr)”

Tujuan utama perlaksanaan hukuman ta’zir dalam syariat Islam ialah untuk mengajar, (ta’dib), pencegahan dan pengajaran di samping pemulihan dan pendidikan. Pencegahan ertinya mencegah pesalah dari mengulangi kesalahannya di samping mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama.

Disebabkan pencegahan merupakan tujuan utama hukuman ta’zir maka apa-apa hukuman mestilah mencapai tujuan dan objektif yang telah ditetapkan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah memastikan setiap hukuman yang dijatuhkan terhadap seseorang pesalah atau tertuduh adalah hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan memastikan hukuman yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada tertuduh dan masyarakat Islam awam lain dan mendidik tertuduh dan masyarakat kita supaya patuh kepada perintah Allah, Rasul dan Pemimpin kita sendiri yang mana kita telah memilih mereka. Sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59 yang berbunyi:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ ....
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan pemimpin-pemimpin diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah).

Dalam syariat Islam, Pemerintah mempunyai kuasa mengarah dan menyuruh ke atas rakyatnya yang mana arahan itu menjadi kewajipan yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh rakyat selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Dalam hal ini, Pemerintah telah membuat satu undang-undang yang menyatakan bahawa makukan perebuatan khalwat adalah suatu kesalahan di sisi Undang-undang. Selain itu, mahkamah juga harus meneliti dan menghalusi, menilai, meneliti perkara – perkara yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam menentukan sesuatu hukuman antaranya:-
1. Besar atau kecil kesalahan yang dilakukan
2. Rayuan pihak-pihak

Pada pendapat mahkamah dalam hal menentukan samada besar atau kecil kesalahan yang dilakukan adalah sesuatu yang subjektif. Namun bagi Mahkamah samada besar atau kecil kesalahan ini bergantung kepada kesan yang ditinggalkan akibat daripada kesalahan ini kepada masyarakat awam. Selain itu, mana-mana prinsip am jenayah sekalipun ianya bergantung kepada dua keadaan ini iaitu:-
Pertama, kesalahan tertuduh itu telah menyebabkan suatu kejadian atau tanggungjawab di letakkan ke atas bahunya kerana tertuduh telah menyebabkan wujudnya satu keadaan yang di larang undang-undang atau dikenali sebagai Actus-rea ataupun dalam bahasa mudah perbuatan tertuduh adalah salah dan berlawanan dengan peraturan dan undang-undang malahan hukum syarak.

Kedua, bahawa tertuduh berada dalam keadaan fikiran yang jelas berhubung dengan sebab kejadian ataupun wujudnya keadaan dan kejadian tersebut ataupun dikenali sebagai mens-rea ataupun bahasa lebih mudah adalah dengan niat melakukan kesalahan tersebut. Ia sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:-
إنما الأعمال بالنيت
Maksudnya: Sesungguhnya segala perbuatan itu dimulakan dengan niat……

Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat actus-rea tersebut perlu dibuktikan di samping elemen mens-rea atau niat itu secara bersama memandangkan kedua-duanya berkait rapat dalam terjadinya sesuatu perlakuan yang bersalahan dengan peraturan dan undang-undang. Setelah berpuashati bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa bagi mendengar dan memutuskan kes ini dan setelah yakin bahawa mahkamah mempunyai budibicara yang luas dalam membuat keputusan dengan matlamat menghukum tertuduh sesuai dengan kesalahan yang telah dilanggar di bawah seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995.

Mahkamah dengan ini, berpendapat bahawa tertuduh dengan melakukan kesalahan ini telah dengan sendirinya telah melanggar larangan dalam agama Islam (dan melakukan maksiat kepada Allah) yang mana kesalahan ini mempunyai merit yang hampir sama dengan kesalahan muqaddimah zina. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas melarang ummat Islam menghampiri zina melalui Firman Allah surah Al-Isra’ ayat 32
وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
Yang membawa maksud: Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

Sesungguhnya apabila agama Islam melarang sesuatu perbuatan maka Islam juga turut melarang apa jua usaha yang boleh membawa kepada berlakunya sesuatu kesalahan tersebut. Oleh itu, perbuatan tertuduh dan pasangannya yang bukan mahramnya berada di dalam rumah yang disewa oleh pasangannya boleh menimbulkan syak bahawa satu perbuatan yang tidak bermoral telah dilakukan oleh Tertuduh dan pasangannya. Apatah lagi, semasa tangkapan dibuat oleh pihak Penguatkuasa Agama, Tertuduh berada di dalam salah satu bilik di dalam rumah tersebut menunjukkan niat tertuduh berada di situ bersama kerana dari segi rasionalnya apakah tujuan Tertuduh dan pasangannya pergi dan menyewa hotel dan berdua-duan dalam satu bilik jika bukan dengan tujuan melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi Hukum Syarak.

Apatah lagi, Tertuduh merupakan seorang suami yang mempunyai dua orang isteri yang mana kedua-duanya ditinggalkan di negara asalnya yang mana ia menimbulkan tanggapan serong masyarakat awam berkaitan tindakannya berkurung di dalam rumah pasangannya yang tiada hubungan mahram dengannya. Alasan tertuduh bahawa semasa kejadian tertuduh hanya ingin menumpang untuk membuang air kecil di rumah tersebut adalah sukar dipercayai memandangkan pada waktu itu jam menunjukkan 3.15 pagi. Malah mahkamah juga berpendapat perbuatan Tertuduh tersebut dan pasangannya dengan sendirinya boleh mendorong tertuduh melakukan perzinaan. Perkara ini juga boleh menjadikan tertuduh dipandang serong oleh ahli keluaganya sendiri samada anak-anaknya mahupun adik beradiknya yang lain. Akibat dari itu, tertuduh dengan sendirinya telah menunjukkan contoh teladan yang negatif kepada ahli keluarganya,

Mahkamah juga berharap agar hukuman yang dikenakan bukan sahaja menginsafkan tertuduh agar tidak mengulangi lagi kesalahannya. Mahkamah juga berharap pengajaran kepada tertuduh juga dirasai olejh masyarakat awam yang lain di masa kebanyak manusia di kawasan ini suka kepada acara pergaulan di antara lelaki dan perempuan tanpa batas ini mahkamah sepatutnya menghukum dengan hukuman yang berat kepada tertuduh. Walaubagaimanapun, mahkamah perlu mematuhi had kuasa yang diberikan oleh Undang-undang negara ini dalam melaksanakan sesuatu undang-undang.

Dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah iaitu ;-
-Tiada-


KESIMPULAN
Mahkamah ingin menjelaskan tujuan hukuman terhadap tertuduh adalah bagi memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan merupakan hukuman yang dapat menyedarkan, memberi pengajaran dan menginsafkan tertuduh di samping boleh dijadikan pengajaran bahkan juga kepada orang awam lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Apatah lagi semasa mengemukakan rayuan, tertuduh hanya meminta diringankan hukuman denda dan penjara tanpa menzahirkan rasa insaf dan akujanji tidak akan melakkan lagi kesalahan ini.Jauh sekali tertuduh menunjukkan penyesalan atau keinsafan tertuduh di atas kesalahan yang sememangnya dirancang samada melalui perkataan mahupun tingkahlaku tertuduh. Bagi mahkamah, tertuduh langsung tidak insaf, tidak menyesal mahupun meminta maaf di atas kesalahan tertuduh. Jadi bagaimana rayuan tertuduh itu harus dipertimbangkan? Sekiranya tertuduh tidak mengetahui cara bagaimana mengemukakan rayuan seharusnya tertuduh melantik Peguam Syarie bagi membantunya dalam kes ini.

Mengulas rayuan tertuduh, Mahkamah berasa amat dukacita kerana tertuduh tidak menggunakan peluang ini bagi meyakinkan Mahkamah apa yang perlu dipertimbangkan berkaitan dirinya sebelum hukuman dijatuhkan. Secara tidak langsung, mahkamah beranggapan bahawa tertuduh ini seorang yang ego dan seolah-olah tidak menyesali perbuatannya apabila langsung tidak merayu terhadap hukuman yang akan dijatuhkan. Oleh itu, Mahkamah ini tidak nampak bagaimana mahkamah perlu mengambilkira rayuan tersebut berdasarkan pendapat Mahkamah seperti berikut:-

a. Tertuduh semasa melakukan kesalahan ini mengetahui bahawa tindakannya adalah salah dan mengetahui risiko dan bahaya yang akan menimpanya jika melakukan kesalahan itu.
b. Tertuduh telah menyedari bahawa perbuatan khalwat ini merupakan kesalahan sejak tahun lebih 10 tahun lalu. Sebagai seorang Islam Mahkamah merasakan tertuduh memang sengaja membelakangkan perundangan Syariah dinegeri ini kerana sanggup melanggarnya sehingga ke sekian kalinya.
c. Tindakan tertuduh ini melanggar dan mencabar keputusan mahkamah adalah satu tindakan yang boleh mengaibkan Institusi perundangan Syaiah di negeri Selangor, institusi Mahkamah Syariah dan boleh menyebabkan orang awam yang lain memperlekehkan Mahkamah ini.
d. Tertuduh merupakan seorang yang yang telah berkahwin dan telah pun bergelar suami kepada dua (2) isteri yang jauh ditinggalkan di negara asalnya di Thailand tidak seharusnya melakukan perbuatan ini yang menunjukkan bahawa tertuduh tidak menghormati amanah Allah dan ikatan perkahwinan itu sendiri. Tindakan tertuduh ini boleh memudharatkan kehidupan berkeluarga yang harmoni dan menimbulkan banyak masalah sosial yang lain. Apatah lagi, pasangan tertuduh dalam kes ini merupakan seorang anak dara yang masih di bawah tanggungan bapanya.

Mahkamah bersetuju dengan hujjah pendakwa supaya hukuman yang hendak dijatuhkan perlulah hukuman yang setimpal dengan kesalahannya yang telah tertuduh lakukan. Namun pada pendapat mahkamah apakah hukuman yang wajar, setimpal dan boleh dijadikan pengajaran kepada tertuduh ataupun seluruh masyarakat. Mahkamah mengharapkan dengan hukuman yang akan mahkamah jatuhkan memberi pengajaran dan peringatan kepada tertuduh dan semua masyarakat termasuk Hakim Bicara sendiri supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Keputusan
Setelah mahkamah sabitkan tertuduh melakukan kesalahan di bawah seksyen Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 dan setelah mahkamah mendengar rayuan dan pendapat kedua-dua belah pihak tertuduh dan pihak pendakwa. Berdasarkan alasan-alasan di atas dengan ini mahkamah memerintahkan seperti berikut:-

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2900.00 atau 4 bulan penjara dan Pesalah ini dipenjarakan selama 30 hari mulai hari ini.



………………………...............
Tandatangan Hakim
12.8.2004

Kes Poligami Tanpa Izin

PENDAKWA SYARIE

DENGAN

MOHD SALLEH IDROS BIN HAJI ZAKARIA
(NO. K/P: 511014-01-5233)

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Di Klang, Selangor Darul Ehsan (Di hadapan Tuan Hakim Mohamed Fouzi Bin Mokhtar) Pada 24 hb Julai 2003

KES JENAYAH BILANGAN 10003-166-48 - 2003

Isu/Abstrak
Undang – Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) –Kesalahan Berpoligami Tanpa Kebenaran Bertulis Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 123 – Penalti – Tertuduh Berpoligami tanpa Kebenaran bertulis Mahkamah Selepas Permohonan Di tolak – Sabitan Bersalah dibuat di atas Pengakuan Salah Tertuduh -

Fakta Kes







Keputusan
Diputuskan bahawa mahkamah ini mesabitkan tertuduh seperti berikut:-

1- Di atas Pengakuan Salah Tertuduh, Tertuduh Mohd Salleh Idros Bin Haji Zakaria No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233 disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) iaitu Berpoligami Tanpa Mendapat Kebenaran Bertulis Dari Mahkamah Syariah.
2- Atas Sabitan Bersalah terhadap Tertuduh Mohd Salleh Idros Bin Haji Zakaria No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233 di bawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) iaitu Berpoligami Tanpa Mendapat Kebenaran Bertulis Dari Mahkamah Syariah:-
Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 999.90 atau jika gagal 3 bulan penjara dan 25 hari penjara.

Peguam Syarie
Ustaz Omar Bin Abd. Manap bertindak sebagai Pendakwa
Tertuduh tidak diwakili Peguam Syarie

Surah Al-Quran Yang Dirujuk
Surah An-Nisa’, ayat 59
Surah A-Talaq, ayat 7

Hadis Yang Dirujuk
-Tiada -

Kitab Yang Dirujuk
Kitab Ghayah Wa Al-Taqrib, cetakan 1417 H / 1997 M, muka surat 34
Kitab Kifayah Al-Akhyar, muka surat 6 58
Kitab Kifayatul Akhyar, Juzuk 2 mukasurat 42
Kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid 4 di halaman 399
Kitab Mughni al-Muhtaj, Jilid 4 di halaman 398
Kitab Qalyubi wa Umairah, Juzu’ 3 di dalaman 290-292
Kitab I’anah al-Talibin juzuk 3, muka surat 595-596
Kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili , juzuk 1, muka surat 76-77

Undang –Undang Yang Dirujuk
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988)
(Seksyen 123, Seksyen 45, Seksyen 66, Seksyen 58, Seksyen 60 dan Seksyen 62)
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 (Pindaan 1992)
(Seksyen 43 (2) (b))
Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996
(Seksyen 3, 17, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77)
Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor 1991
(Seksyen 94)

Kes –Kes Yang Dirujuk
Aishah Binti Abdul Raof lawan Wan Mohd Yusof Bin Wan Othman


Alasan Penghakiman
Pada hari ini, kes ini telah ditetapkan untuk Mahkamah memberikan keputusan kes dan menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh berdasarkan pengakuan salah tertuduh sebelum ini. Sebelum mahkamah memberikan keputusan mahkamah perlu meneliti samada mempunyai bidangkuasa mendengar kes ini dan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh di atas pengakuan salahnya. Berdasarkan peruntukan Seksyen 43 (2) (a) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 Pindaan 1992 yang menyatakan bahawa:-
43. (2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
(a) dalam bidangkuasa Jenayah, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah Enakmen ini atau di bawah undang-undang berrtulis lain yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa membicarakan sebarang kesalahan yang mana hukuman maksimum yang diperuntukakan oleh undang-undang tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan itu;

Ianya juga dijelaskan dalam Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) telah diperuntukkan tentang hukuman mengenai kesalahan sepertimana yang telah dilakukan oleh Tertuduh. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa
123. Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah, maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara.

Setelah mahkamah meneliti kesemua seksyen-seksyen yang disebutkan di atas, mahkamah mendapati mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada tertuduh setelah mahkamah mendengar pengakuan bersalah dan setelah mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah tertuduh itu.

Oleh yang demikian, mahkamah telah mensabitkan tertuduh melakukan kesalahan di bawa Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan setelah mahkamah mendapati juga pihak Pendakwa berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang jelas dan kukuh serta membuktikan tertuduh telah melakukan kesalan seperti dinyatakan di atas berdasarkan fakta-fakta seperti di bawah:-
i- Pertuduhan
ii- Fakta kes yang dibentangkan
iii- Dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah iaitu ;-

1- Surat Perakuan Nikah Negeri Johor Darul Takzim No. 44740 Bil. Daftar: 325/76 antara tertuduh dengan isteri Pertama Puan Nur Azmah Binti Ahmad Mokhtar.
2- Surat Catitan Keterangan Nikah Khusus Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand No. Bilangan 793/2003 No. Register 793/460 bertarikh 12hb Februari 2003 di antara tertuduh Azizah Binti N.P Abdullah seorang warganegara Malaysia.
3- Surat Akuan Sah Perkahwinan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand bertarikh 12hb Februari 2003 di antara tertuduh dengan seorang lelaki bernama Mohd Salleh Idros Bin Haji Zakaria No. kad Pengenalan: 511014-01-5233.
4- Salinan Kad Pengenalan tertuduh dan isteri kedua yang telah disahkan.

Pada pendapat mahkamah pihak pendakwa berjaya membuktikan fakta-fakta tersebut dengan jayanya dan berjaya membuktikan tertuduh berpoligami tanpa kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah dalam perkahwinan kali kedua bagi tertuduh sedangkan pada ketika itu tertuduh telah beristeri yang bernama Puan Salwati Binti Mohamad Jabar yang pembuktian dakwaan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pendakwa selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi:-
" البينة على المدعى واليمين على من انكر "
Maksudnya: Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar dan juga telah memenuhi kehendak dan keperluan yang disyaratkan dalam Seksyen 3, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 yang mana kesemua seksyen-seksyen itu menyebut seperti berikut:-

Seksyen 3 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 menyebut:-
3. “ keterangan” termasuklah –
(a) bayyinah dan syahadah;
(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah di buat dihadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut lisan;
(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen-dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar.

Seksyen 48 Enakmen yang sama
48. Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau melalui sekunder.

Seksyen 49
49. Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah

Seksyen 50
50. Keterangan Sekunder termasuklah –
(a) salinan diperakui yang diberikan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada itu;
(b) salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu.

Seksyen 73
73. (1) sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liability di sisi undang-undang dengan bergantung atas kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka beban membuktikan terletak pada orang itu.

Seksyen 74
74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding adalah terletak pada orang itu yang mungkin gagal sekiranya tiada apa-apa keterangan jua pun diberikan oleh mana-mana pihak.

Seksyen 75
75. Beban membuktikan ssesuatu fakta tertentu adalah terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.

Seksyen 76
76. Beban membuktikan mana-mana fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai mana-mana fakta lain adalah terletak pada orang yang hendak memberikan keterangan itu.

Seksyen 77
77. Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor 1995 adalah terletak padanya dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

Sabitan bersalah tertuduh juga disabitkan oleh mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh sebanyak tiga kali, secara sukarela, tanpa sebarang paksaan atau dorongan mana-mana pihak terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh di atas kebenaran fakta kes dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pihak pendakwa. Tertuduh juga memahami akibat pengakuan salah tersebut ketika di soal oleh mahkamah.

Pengakuan salah oleh tertuduh pada pandangan mahkamah sudah mencukupi untuk mahkamah mensabitkan kesalahan tertuduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah Syariah secara bertulis untuk mendapatkan perkahwinan kedua. Pada mahkamah pengakuan tertuduh tersebut adalah mengikat diri tertuduh sendiri selari dengan kaedah yang menyebut

بإقراره مؤخذ المرء
yang bermaksud: “Seseorang itu di pegang berdasarkan pengakuannya”

Selain itu, pengakuan salah tertuduh telahpun memenuhi kehendak seperti yang disyaratkan oleh Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Selangor ini. Dalam hal ini, mahkamah merujuk Kitan Khosiah I’anat Talibin, juzu’ 3 mukasurat 187 yang berbunyi:

اعترافا ويسمى. عليه بحق الشخص إخبار وشرعا الإقرار لغة الإثبات
Maksudnya: Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan manakala menurut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang ke atas dirinya. Iqrar juga disebut sebagai iktiraf.

Manakala dari sudut perundangan, mahkamah merujuk Seksyen 17 (1) Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 yang menyebut:-
17. (1) Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

Seterusnya Seksyen 17 (2) Enakmen yang sama juga menyebut:-
17. (2) sesuatu Iqrar hendaklah dibuat –
(a) dalam mahkamah, di hadapan hakim; atau
(b) di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang akil baligh dan adil.

Kedua-dua seksyen di atas juga telah memenuhi kehendak Seksyen 94 (a) dan (b) Bahagian X Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor 1991 yang menyatakan:-
94. (a) apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dirangka, dibaca dan diterangkan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada mengaku salah atas pertuduhan itu atau minta dibicarakan;
(b) jika tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada pertuduhan asal atau yang dipinda, maka pengakuan itu hendaklah direkodkan dan dengan itu dia boleh disabitkan atas kesalahan tersebut;
Dengan syarat bahawa sebelum direkodkan pengakuan salah itu Mahkamah hendaklah menentukan orang yang dituduh itu faham akan maksud dan akibat daripada pengakuannya itu dan dia mengaku, tanpa bersyarat, terhadap kesalahan yang dipertuduhkan, dan dia membuat pengakuan salah itu sekurang-kurangnya tiga (3) kali di hadapan Hakim dan tidak menarik balik pengakuan itu:
Dengan syarat lagi bahawa dalam kes zina pengakuannya itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya empat (4) kali;


Selain itu, kuasa mahkamah ini untuk menjatuhkan hukuman turut dinyatakan di dalam atau seperti yang diperuntukakan oleh Seksyen 94 (k) (ii) Enakmen Kanun Prosedur Jenayah yang berbunyi:-
94. (k) (ii) jika Mahkamah berpendapat tertuduh bersalah atau jika pengakuan salahnya telah direkod dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

Bagi kesalahan kes ini iaitu pelanggaran terhadap Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1998) telah menyatakan dengan jelas tentang hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen ini seperti kes tertuduh pada hari ini. Seksyen tersebut menyatakan seperti beikut:-
123. Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah, maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara.

Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan peruntukan tersebut adalah jelas, sekiranya seseorang itu telah disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988), mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dengan salah satu daripada tiga (3) bentuk hukuman yang diperuntukkan iaitu samada menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM 1,000.00 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.ز

Berdasar peruntukan tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang boleh dijatuhkan kepada tertuduh boleh dikenakan secara khusus dan tidak perlu bagi mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut turutan bentuk hukuman yang dinyatakan seperti peruntukan Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) tersebut. Perkara utama yang perlu mahkamah mengambil kira dalam menentukan sesuatu hukuman adalah sebarang hukuman mahkamah kepada tertuduh boleh menjadi iktibar, inzar, pengajaran, peringatan dan balasan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada semua masyarakat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh.

Mahkamah berpendapat sedemikian berdasarkan peruntukan Seksyen 38 tersebut telah menggunakan perkataan “atau” sebagai perantaraan di setiap hukuman yang diperuntukkan. Mahkamah merujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama 1995 dalam mukasurat 93 dinyatakan bahawa perkataan “atau” diertikan sebagai “pilihan”. Manakala di dalam Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1993 dalam muka surat 64, perkataan “atau” membawa maksud (1. kata yang digunakan untuk menunjukkan atau menyatakan) 2. salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dll).

Dalam menentukan apa-apa hukuman terhadap tertuduh dan pesalah bagi kesalahan ini tidak dapat lari daripada hukuman yang dinyatakan di atas. Namun dalam pada masa yang sama mahkamah perlu pastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan bertujuan untuk mencegah pesalah mengulanginya dan orang lain dari melakukannya. Dalam pada itu, mahkamah berpendapat dalam kes hukuman ta’zir ini, kuasa mahkamah dalam menentukan hukuman yang telah ditetapkan oleh undang-undang agak luas dan boleh membuat pelbagai pilihan dalam menentukannya.

Oleh kerana hukuman dalam kes ini adalah hukuman ta’zir, Mahkamah merujuk kitab Al Ahkam As Sultaniyyah dalam mukasurat 205 karangan Al-Mawardi menyebut:-
“Ta’zir juga suatu istilah yang kalau disebut secara tunggal akan bermaksud hukuman atau keseksaan. Bagi maksud kesalahan ia perlu disebut kesalahan-kesalahan ta’zir. Sebagai suatu hukuman para fuqaha mendefinisikannya sebagai hukuman atau keseksaan yang tidak ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan samada untuk kepentingan individu atau masyarakat dalam semua kes selain kes hudud dan qisas.”

Manakala di dalam Kitab Al-Fiqh al-Islamiy waadillatuh, Juzu’ 6 halaman 197 pula menyebut “takzir merupakan hukuman yang dikenakan ke atas jenayah atau maksiat yang tidak ditentukan hukuman had atau kaffarah.”
Hukuman ini termasuklah samada jenayah tersebut terhadap hak Allah seperti makan di siang hari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan meninggalkan solat atau terhadap hak manusia. Hukuman takzir ini boleh dilakukan dalam bentuk pukulan/sebatan, tahanan/penjara dan memberi malu (tawbikh).
Para imam mazhab tidak mengharuskan takzir dengan cara mengambil harta pesalah kerana ianya merupakan kezaliman. Manakala Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim menentukan bahawa takzir dengan mengambil harta boleh dilakukan dengan kesalahan-kesalahan tertentu dalam mazhab Maliki, Hambali dan salah satu qaul dalam mazhab Shafi’i.

Dalam kitab yang sama juga di halaman 202 dijelaskan bahawa telah diriwayatkan dari Abi Yusuf bahawa harus bagi pemerintah melaksanakan takzir dengan cara mengambil harta pesalah ialah dengan menahan harta pesalah dalam jangka masa tertentu dengan tujuan memberi pengajaran kepadany kemudian dipulangkan kembali harta tersebut. Penahanan harta tersebut hendaklah bukan untuk kepentingan pemerintah atau Baitul Mal.

Tujuan utama perlaksanaan hukuman ta’zir dalam syariat Islam ialah untuk mengajar, (ta’dib), pencegahan dan pengajaran di samping pemulihan dan pendidikan. Pencegahan ertinya mencegah pesalah dari mengulangi kesalahannya di samping mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Disebabkan pencegahan merupakan tujuan utama hukuman ta’zir maka apa-apa hukuman mestilah mencapai tujuandan objektif yang telah ditetapkan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah memastikan setiap hukuman yang dijatuhkan terhadap seseorang pesalah atau tertuduh adalah hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan memastikan hukuman yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada tertuduh dan masyarakat Islam awam lain dan mendidik tertuduh dan masyarakat kita supaya patuh kepada perintah Allah, Rasul dan Pemimpin kita sendiri yang mana kita telah memilih mereka. Sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59 yang berbunyi:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan pemimpin-pemimpin diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah).

Dalam syariat Islam, Pemerintah mempunyai kuasa mengarah dan menyuruh ke atas rakyatnya yang mana arahan itu menjadi kewajipan yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh rakyat selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Dalam hal ini Pemerintah telah membuat satu undang-undang yang mewajibkan bagi mana-mana lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kekeluargaan Islam serta keadilan dalam berpoligami seperti disyaratkan oleh syarak dipelihara dan terpelihara.

Selain itu, mahkamah juga harus meneliti dan menghalusi, menilai, meneliti perkara – perkara yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam menentukan sesuatu hukuman antaranya:-

i- Besar atau kecil kesalahan yang dilakukan

ii- Rayuan pihak-pihak

i- Besar atau kecil kesalahan yang dilakukan

Pada pendapat mahkamah dalam hal menentukan samada besar atau kecil kesalahan yang dilakukan adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin bagi kebanyakan orang awam kesalahan berpoligami tanpa kebenaran ini tidaklah besar kerana ia bukan kesalahan membunuh dan apatah lagi ia hanya melibatkan kesalahan berkahwin tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Namun bagi Mahkamah samada besar atau kecil kesalahan ini bergantung kepada kesan yang ditinggalkan akibat daripada kesalahan ini kepada masyarakat awam.

Selain itu, mana-mana prinsip am jenayah sekalipun ianya bergantung kepada dua keadaan ini iaitu Pertama, kesalahan tertuduh itu telah menyebabkan suatu kejadian atau tanggungjawab di letakkan ke atas bahunya kerana tertuduh telah menyebabkan wujudnya satu keadaan yang di larang undang-undang atau dikenali sebagai Actus-rea ataupun dalam bahasa mudah perbuatan tertuduh adalah salah dan berlawanan dengan peraturan dan undang-undang.

Kedua, bahawa tertuduh berada dalam keadaan fikiran yang jelas berhubung dengan sebab kejadian ataupun wujudnya keadaan dan kejadian tersebut ataupun dikenali sebagai mens-rea ataupun bahasa lebih mudah adalah dengan niat melakukan kesalahan tersebut. Ia sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:-
إنما الأعمال بالنيت
Maksudnya: Sesungguhnya segala perbuatan itu dimulakan dengan niat……

Oleh yang demikian mahkamah berpendapat actus-rea tersebut perlu dibuktikan disamping elemen mens-rea atau niat itu secara bersama memandangkan kedua-duanya berkait rapat dalam terjadinya sesuatu perlakuan yang bersalahan dengan peraturan dan undang-undang.

Dalam kes tertuduh ini, tertuduh di tuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) iaitu berpoligami tanpa kebenaran secara bertulis daripada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perkahwinan. Sedikit latar belakang tertuduh adalah seperti berikut:-
Tertuduh dalam kes ini bernama Mohd Salleh Idros Bin Haji Zakaria No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233. Tertuduh telah berkahwin kali pertama dengan Nur Azmah Binti Ahmad Mokhtar pada 9hb April 1976 di Johor Darul Takzim berwalikan Bapa Kandung isteri iaitu Ahmad Mokhtar Bin Taat berdasarkan Surat Perakuan Nikah Negeri Johor Darul Takzim No. 44740 Bil. Daftar: 325/76 antara tertuduh dengan isteri Pertama Puan Nur Azmah Binti Ahmad Mokhtar. Tertuduh tidak pernah menceraikan isteri pertamanya ini sehingga sekarang.

Tertuduh telah berkahwin kali kedua dengan seorang perempuan bernama Azizah Binti N.P Abdullah seorang warganegara Malaysia No. Kad Pengenalan: 661122-02-5408 Pada 12-02-2003 lebih kurang jam 05.00 petang di dalam Masjid Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand berwalikan Hakim berdasarkan Surat Keterangan Nikah Khusus Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand No. Register 793/460 Bilangan 793 2003 bertarikh 12hb Februari 2003 di antara tertuduh dengan isteri kedua iaitu Puan Azizah Binti N.P Abdullah. Alhamdulillah, tertuduh dan isteri kedua juga tidak pernah bercerai sehingga kini.

Tertuduh bekerja sebagai Timbalan Ketua Perpustakaan dan memperolehi pendapatan sebanyak RM 6,000.00 sebulan. Namun kesalahan tertuduh adalah semasa ingin bernikah kali kedua dan berpoligami dengan Azizah Binti N.P Abdullah tidak mendapat kebenaran secara bertulis dari mana-mana Mahkamah Syariah.

Tertuduh sebaliknya pada 12hb Februari 2003 telah pergi ke Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand untuk bernikah kali kedua dengan Azizah Binti N.P Abdullah tanpa mendapatkan kebenaran dari mana-mana Mahkamah Syariah.

Berdasarkan tindakan tertuduh dan apatah lagi di sokong oleh pengakuan tertuduh, sebenarnya tertuduh memang berniat untuk bernikah bagi kali kedua tanpa mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada mahkamah terlebih dahulu. Ini adalah berdasarkan pengakuan tertuduh bahawa tertuduh sendiri mengetahui berpoligami tanpa kebenaran bertulis dari mahkamah syariah sememangnya merupakan satu kesalahan. Bahkan ketika di soal oleh Mahkamah, tertuduh mengetahui bahaya dan risiko hukuman yang boleh dikenakan terhadap tertuduh.

Dan tindakan tertuduh bernikah di Thailand itu juga menunjukkan tertuduh sudah merancang untuk berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah kerana memandangkan di Thailand sememangnya proses pernikahan khususnya berpoligami tidak memerlukan kebenaran bertulis seperti di Malaysia dan tertuduh telah dan sememangnya berniat untuk berpoligami di Thailand sebagai mengambil jalan mudah dan senang serta cepat tanpa perlu memeningkan kepala. Sudah tentu berdasarkan jalan cerita sebegini terancang, sebenarnya tertuduh telah merancang sejak awal lagi untuk bernikah dan juga berpoligami di Thailand tanpa mendapat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah khususnya Mahkamah Rendah Syariah Klang terlebih dahulu. Mahkamah mengakui bahawa hukum syarak membenarkan seseorang lelaki yang berkemampuan layak berkahwin lebih dari satu atau berpoligami sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Quran dalam Surah An-Nisa ayat 3 yang berbunyi:-
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3)
Maksudnya: Dan jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim itu, maka kahwinlah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua tiga dan empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil antara perempuan-perempuan itu hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.

Sudah sewajarnya jika tertuduh merasa dirinya layak berpoligami memohon kepada Mahkamah ini kebenaran berpoligami seperti yang disyaratkan undang-undang sebagaimana dikehendaki Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) yang mana seksyen ini menjelaskan tentang cara dan kaedah yang perlu dipatuhi dan mengikat pihak tertuduh.

Mahkamah berpendapat seksyen ini tidak menyekat hak lelaki untuk berpoligami sekiranya layak namun bukan semua lelaki layak berpoligami dan atas dasar itu seksyen ini diperbuat oleh pihak berkuasa bagi menjamin hak isteri-isteri sedia ada sebelum poligami diluluskan sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Amat Arif Hakim Jawatan Kuasa Rayuan, Tan Sri Dato’ Haji Azmi Bin Dato’ Haji Kamaruddin dalam kes Aishah Binti Abdul Raof lawan Wan Mohd Yusof Bin Wan Othman memutuskan bahawa keempat-empat syarat di bawah seksyen 23 (4) itu tidak bertentangan dengan Al-Quran khususnya Surah An-Nisa’ ayat ke-3. Syarat di bawah seksyen itu adalah bertujuan untuk mempastikan keadilan beristeri yang dituntut wajib oleh Al-Quran. Seksyen 23 (4) tidak bertujuan menghapuskan poligami tetapi memperuntukkan syarat-syarat yang membina dengan harapan keadilan bagi keluarga Islam dapat tercapai dengan lebih berkesan lagi.

Mahkamah mengungkap kembali kata-kata tertuduh iaitu “Menurut tertuduh, tertuduh pernah membuat permohonan berpoligami di Mahkamah ini tetapi permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Mahkamah. Tertuduh mengakui bahawa tertuduh tidak membuat sebarang rayuan berkaitan permohonan poligami yang di tolak oleh Mahkamah ini. Tertuduh menyatakan bahawa tertuduh bernikah juga dengan pasangannya kerana takut terlanjur dan tertuduh teramat sayang kepada isteri kedua iaitu pasangannya.”

Bagi Mahkamah tindakan yang sepatutnya tertuduh ambil setelah permohonan berpoligami tertuduh tidak diluluskan dan dibenarkan adalah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dan bukannya membuat keputusan untuk bernikah di Thailand. Malah dalam peruntukan undang-undang secara khusus dan jelas dinyakan jika Mahkamah tidak membenarkan tertuduh berpoligami, samada tertuduh atau isteri boleh merayu di mahkamah yang lebih tinggi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 23 (6) Enakmen yang sama seperti berikut:-
23. (6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puashati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.

Namun tindakan tertuduh berpoligami secara sengaja tanpa mendapat kebenaran secara bertulis dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang pada pendapat mahkamah sabagai satu keengkaran, penghinaan, cabaran kepada bukan sahaja Mahkamah Syariah tetapi undang-undang itu sendiri, Dewan Undangan Negeri (DUN) yang meluluskan undang-undang itu serta kerajaan yang memerintah secara khususnya dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Sultan bagi negeri ini. Ini juga menunjukkan tertuduh sebenarnya tidak langsung mempunyai rasa hormat atau takut untuk melanggar apa-apa perintah mahkamah walaupun tertuduh sedar tentang bahaya dan risikonya. Dan sikap orang-orang seperti tertuduh menyebabkan institusi Jabatan Kerajaan yang berorientasikan agama Islam terutama Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah di pandang rendah dan sering dipertikaikan dengan ada perbuatan seperti tertuduh yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kekurangan yang wujud pada institusi tersebut demi kepentingan peribadi dan nafsu tertuduh sendiri.

Tindakan tertuduh yang membelakangkan isteri dan undang-undang yang sedia ada menunjukkan tertuduh seorang yang tidak jujur, tidak gentlement kepada isteri dan ikatan perkahwinan, keluarga, masyarakat, pemerintah atau pihak berkuasa yang mengadakan undang-undang ini bagi menjamin kerukunan dan kesejahteraan rumahtangga dan komuniti Islam.Bahkan bukan itu sahaja, mahkamah juga berpendapat bahawa berpoligami atau bernikah di luar Negara juga menjadi punca kepada peningkatan masalah sosial dalam institusi kekeluargaan Islam seperti cerai, pengabaian nafkah zahir batin kepada isteri dan anak-anak, juga ramai isteri yang menjadi ibu tinggal yang tidak dipedulikan oleh suaminya umpama pepatah melayu Habis Manis Sepah Dibuang yang mana yang mana ia menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian di Negara ini umumnya dan di Selangor khususnya.

Mahkamah berpendapat bahawa tindakan tertuduh berpoligami tanpa kebenaran adalah satu kesalahan yang besar dan sukar dimaafkan oleh mahkamah ini memandangkan tertuduh mengetahui bahawa ianya satu kesalahan dan tertuduh memang merancang untuk bernikah kali kedua atau berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah. Bukan itu sahaja bahkan tertuduh sanggup dan begitu berani melanggar perintah mahkamah yang tidak meluluskan permohonan tertuduh dengan bernikah dengan pasangannya di Thailand. Sudah Nyata Lagi Bersuluh, Tertuduh sebenarnya sengaja mencabar perintah mahakamah yang telah dikeluarkan terhadapnya dan juga undang-undang yang telah ditetapkan walaupun tahu ianya satu kesalahan dan sikap tertuduh inilah yang menyebabkan kesalahan ini boleh di anggap besar.

Berpoligami hukumnya adalah harus namun ia harus mengikuti Sunnah Rasulullah telah menunjukkan kaedah dan cara yang baik bagi orang-orang yang ingin berpoligami dan bukannya seperti kaedah yang dipilih oleh tertuduh kerana tujuan poligami diharuskan adalah untuk membantu wanita yang lemah bukan untuk memuaskan hawa nafsu sendiri. Persoalan Mahkamah adakah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya berpoligami cara begini. Memang benar berpoligami adalah harus hukumnya dan dibolehkan tetapi adakah berpoligami dengan membawa lari anak perempuan orang lain ke luar Negara semata-mata untuk berpoligami diharuskan?


ii- Rayuan pihak-pihak
Dalam rayuan tertuduh, tertuduh ada menyebut seperti berikut, antara lainya berbunyi:-
“Saya merayu hukuman ke atas saya diringankan kerana saya seorang penjawat awam. Saya juga merayu dan memohon kedua-dua hukuman ke atas saya diringankan jika boleh”

Manakala Pihak pendakwa berhujah yang antara lain menyebut:-
“Tertuduh pada hari ini telah membuat pengakuan salah dan faham akibat pengakuan salah. Pernikahan tertuduh telah berlaku pada 12-02-2003, lebih kurang jam 05.00 petang Tertuduh telah bernikah lagi secara berpoligami dengan seorang perempuan bernama Azizah Binti N.P Abdullah seorang warganegara Malaysia No. Kad Pengenalan: 661122-02-5408 di dalam Masjid Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand tanpa kebenaran Mahkamah Yang Mulia Ini. Sememangnya pernikahan tertuduh ini tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah Yang Mulia Ini. Tertuduh ada memaklumkan bahawa tertuduh ada membuat permohonan tetapi permohonan tersebut telah tidak diluluskan oleh Mahkamah ini tetapi keputusan tersebut sebenarnya boleh dirayu. Tertuduh tetap melakukan kesalahan dan Pendakwa memohon hukuman sewajarnya

Mahkamah ingin menjelaskan tujuan hukuman terhadap tertuduh adalah bagi memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan merupakan hukuman yang dapat menyedarkan, memberi pengajaran dan menginsafkan tertuduh disamping boleh di jadikan pengajaran bahkan juga kepada orang awam lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Apatah lagi semasa mengemukakan rayuan, tertuduh hanya meminta diringankan hukuman denda dan penjara tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Selain itu, lebih malang lagi, tertuduh tidak menyatakan sebab-sebab mahkamah harus menimbangkan rayuan tertuduh berdasarkan merit atau alasan undang-undang. Jauh sekali tertuduh menunjukkan penyesalan atau keinsafan tertuduh di atas kesalahan yang sememangnya dirancang samada melalui perkataan mahupun tingkahlaku tertuduh. Bagi mahkamah, tertuduh langsung tidak insaf, tidak menyesal mahupun meminta maaf di atas kesalahan tertuduh. Jadi bagaimana rayuan tertuduh itu harus dipertimbangkan? Sekiranya tertuduh tidak mengetahui cara bagaimana mengemukakan rayuan seharusnya tertuduh melantik Peguam Syarie bagi membantunya dalam kes ini.

Dalam hal tertuduh ini, mahkamah tidak nampak bagaimana harus mahkamah menimbangkan rayuan tertuduh bagi mengurangkan jumlah denda memandangkan kesalahan tertuduh adalah berat di samping hukuman denda paling maksima yang boleh mahkamah jatuhkan tidak lebih RM 1,000.00 terhadap tertuduh. Sedangkan menurut tertuduh sendiri, tertuduh mempunyai pendapatan RM 6,000.00 sebulan. Mengulas rayuan tertuduh yang memohon dan merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan kerana tertuduh seorang penjawat awam, Mahkamah ini tidak nampak bagaimana mahkamah perlu mengambilkira rayuan tersebut berdasarkan pendapat Mahkamah seperti berikut:-
1. Tertuduh semasa melakukan kesalahan ini mengetahui bahawa tindakannya adalah salah dan mengetahui risiko dan bahaya yang akan menimpanya jika melakukan kesalahan itu.
2. Tertuduh telah mengetahui bahawa permohonan tertuduh untuk berpoligami telah ditolak dan keputusan itu boleh dirayu ke Mahkamah yang lebih tinggi. Namun tertuduh dengan sengaja tidak mengemukakan rayuan malah bertindak melanggar dan mencabar perintah mahkamah ini yang tidak membenarkan tertuduh berpoligami.
3. Tertuduh merupakan seorang yang dihormati dan disegani memandangkan tertuduh seorang penjawat awam yang mempunyai kedudukan yang tinggi iaitu sebagai Timbalan Ketua Perpustakaan di salah sebuah IPTA di Negara ini. Tindakan tertuduh ini melanggar dan mencabar keputusan mahkamah adalah satu tindakan yang boleh mengaibkan institusi Mahkamah Syariah dan menyebabkan orang awam yang lain memperlekehkan Mahkamah ini. Sikap seorang yang berpendidikan tinggi, yang berjawatan besar dan bergaji besar begitu berani mencabar dan melanggar undang-undang dan keputusan mahkamah seperti tertuduh ini akan menjadi ikutan orang awam lain jika tidak dicegah memandangkan tertuduh seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

Untuk kesalahan seperti ini, mahkamah berpendapat sudah sampai masanya jumlah denda wajar dinaikkan bagi memberikan sedikit rasa hormat mana-mana orang dari melakukan kesalahan seperti tertuduh yang boleh menjatuhkan maruah agama seolah-olah mudah diperkotak-katikkan untuk kepentingan peribadi. Walaupun pernikahan yang berlangsung itu sah, namun kepentingan masyarakat umum akan porak-peranda jika tidak dipelihara akibat tindakan tertuduh ini termasuk institusi kekeluargaan Islam.

Hukuman ini telah ditetapkan pada 10 tahun yang lampau yang mana pada masa kini tidak lagi dapat membantu mencegah kemungkaran atau mencegah umat Islam daripada melanggar undang-undang demi kemaslahatan ummah itu sendiri. Mahkamah menyarankan supaya pihak berkuasa meminda hukuman ini kepada hukuman yang lebih setimpal dan lebih berat dan mampu memberi keinsafan, peringatan dan pengajaran kepada pesalah dan juga masyarakat bahkan bukan itu saja malah kepada diri Hakim Bicara sendiri.

Baru-baru ini, Negara kita digemparkan sekali lagi oleh satu isu yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berkaitan isu cerai melalui SMS. Isu ini mendapatkan liputan meluas oleh akhbar-akhbar tempatan bahkan mendapat perhatian yang serius dikalangan orang awam, pihak berkuasa dan juga paling mengejutkan ia mendapat perhatian daripada Perdana Menteri sehingga isu ini dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Kabinet. Mahkamah ingin melahirkan kekecewaan kerana seharusnya Mahkamah Syariah diberi ruang yang luas dalam memutuskan apa-apa isu berkaitan pasangan Islam dan janganlah isu-isu kekeluargaan Islam ini disensasikan sebagai bahan berita yang mana akhirnya Islam itu sendiri akan ditertawakan. Jika tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah perlulah dikemukakan rayuan di mahkamah yang lebih tinggi bukannya di tulis melalui akhbar-akhbar dan dicanangkan sebagai bahan perbahasan untuk umum kerana tindakan itu boleh dianggap menghina mahkamah dan mana-mana orang atau pihak yang mempertukaikan dan membahaskan isu itu boleh dihukum apabila sabit menghina mahkamah.

Namun mahkamah tidak bermaksud untuk mengulas isu itu, apa yang mahkamah ingin ulas adalah susulan daripada isu cerai SMS tersebut, hampir keseluruhan pihak berkuasa bersetuju untuk meminda hukuman bagi kesalahan cerai SMS kepada hukuman mandatori penjara kepada suami yang melafazkan cerai melalui SMS yang dikatakan menghina kaum wanita dan merendahkan martabat wanita sebagai penyelesaian dan cara atau kaedah supaya lafaz cerai secara SMS tidak menjadi satu budaya di kalangan umat Islam di negara ini.

Mahkamah amat mengalu-alukan cadangan pindaan tersebut dan mengharapkan ia dapat dilaksanakan jika itu dapat menjamin kesejahteraan umat Islam di Malaysia ini. Namun begitu, mahkamah juga mengharapkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan lain seperti berkhalwat, berpoligami tanpa kebenaran, bernikah tanpa kebenaran, berkelakuan tidak sopan, berjudi, minum arak, tidak berpuasa dan seumpamanya yang terkandung dalam undang-undang turut diberikan perhatian sewajarnya dan hukuman bagi kesalahan tersebut juga harus dan perlu dipinda kepada hukuman yang lebih berat kerana kesemua kesalahan tersebut adalah kewajipan kita kepada Allah dan pelanggaran terhadap perintah Allah adalah wajar dihukum dengan sekerasnya keraana ia boleh mencemarkan nama baik Agama Islam, Umat Islam dan memperkecilkan kebesaran Allah s.w.t selaku Pencipta semua manusia. Jika kerana dikatakan cerai SMS merendahkan martabat wanita dan Islam kita perlu mengenakan hukuman berat kepada pesalah, apatah lagi jika kesalahan yang berkaitan dengan perintah Allah s.w.t perlulah juga dikenakan hukuman yang berat supaya kita semua sebagai hamba-Nya takut untuk melakukan kesalahan tersebut dan menghindarinya.

Mahkamah bersetuju dengan hujjah pendakwa supaya hukuman yang hendak dijatuhkan perlulah hukuman yang setimpal dengan kesalahannya yang telah tertuduh lakukan. Namun pada pendapat mahkamah apakah hukuman yang wajar, setimpal dan boleh dijadikan pengajaran kepada tertuduh ataupun seluruh masyarakat. Dalam kes tertuduh ini, mahkamah melihat dengan kedudukan dan jawatan tertuduh, pendapatan bulanan tertuduh juga kesalahan yang tertuduh lakukan jumlah RM 1,000.00 itu adalah terlalu minima. Dalam hal ini mahkamah tiada pilihan lain dan terpaksa menimbangkan hukuman penjara terhadap tertuduh.

Mahkamah mengharapkan dengan hukuman yang akan mahkamah jatuhkan memberi pengajaran dan peringatan kepada tertuduh dan semua masyarakat termasuk Hakim Bicara sendiri supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Keputusan Hukuman
Berdasarkan alasan-alasan di atas dengan ini mahkamah memerintahkan seperti berikut:-
1. Di atas Pengakuan Salah Tertuduh, Tertuduh Mohd Salleh Idros Bin Haji Zakaria No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233 disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) iaitu Berpoligami Tanpa Mendapat Kebenaran Bertulis Dari Mahkamah Syariah.
2. Atas Sabitan Bersalah terhadap Tertuduh Mohd Salleh Idros Bin Haji Zakaria No. Kad Pengenalan: 511014-01-5233 di bawah Seksyen 123 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan 1988) iaitu Berpoligami Tanpa Mendapat Kebenaran Bertulis Dari Mahkamah Syariah:-

Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 999.90 atau jika gagal 3 bulan penjara dan 25 hari penjara.
....………………………
Tandatangan Hakim
10.11.2003