Friday, March 03, 2006

Fasakh - Klang

Nor Faizah Binti Abdul Samad
Dan
Abu Bakar Bin Abdul Ghaffar

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Di Klang, Selangor Darul Ehsan (Di hadapan Tuan Hakim Mohamed Fouzi Bin Mokhtar. Bertarikh Pada 12hb Oktober 2004

Kes Mal Bil: 10003-O55-14/2002

Kes di bawah Seksyen 53 (1) (b), 53 (1) (h) (i) dan (iv) dan 53 (1) (l) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003- Tuntutan pembubaran perkahwinan melalui fasakh oleh Plaintif- Suami hadir ke mahkamah dan menafikan dakwaan Plaintif. Tuntutan Balas suami memohon Plaintif diisytiharkan nusyuz oleh Mahkamah.

Fakta Kes

Plaintif dan Defenden dalam kes ini telah berkahwin pada 01hb Januari 1996 di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan, berwalikan bapa Plaintif. Hasil perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahayamata. Perkahwinan ini adalah perkahwinan kali pertama bagi Plaintif dan kali kedua bagi Defendan. Selepas bernikah, berdasarkan pengakuan pihak-pihak, Plaintif dan Defendan telah tinggal di alamat No. 69, Jalan USJ 2/5A, Subang Jaya Selangor Darul Ehsan yang mana rumah ini merupakan hak milik Defendan yang dibeli sebelum pernikahan pihak-pihak. Berdasarkan Penyata Tuntutan Pindaan dan Keterangan Plaintif, Defendan telah cuai di dalam memberi nafkah yang mencukupi malahan tiada langsung memperuntukkan wang tunai kepada Plaintif. Dakwaan Plaintif ini disangkal oleh Defendan yang mengatakan bahawa Defendan telah menyediakan segala-galanya keperluan nafkah di rumah kelamin mereka.

Selain itu, Defendan didakwa telah menyakiti diri Plaintif dengan menendang, menampar malahan memukul Plaintif hanya disebabkan perkara-perkara yang remeh – temeh sehingga mengakibatkan Plaintif mengalami lebam-lebam pada tubuh badannya. Pada tahun 1996, Defendan telah menghalau Plaintif dengan mengheret dan mencengkam tangan Plaintif dengan kuat dan kasar serta membuang baju-baju Plaintif keluar dan mengunci pintu. Dalam keadaan itu, Plaintif telah menelefon SP1 dan ibunya untuk mengambilnya. Dan hanya selepas dua (2) hari, Plaintif kembali ke rumah kelamin mereka di Subang Jaya.
Pada bulan Mei 2000, Plaintif telah melarikan diri sekali lagi dari rumah kelamin mereka kerana disebabkan tidak tahan dengan apa yang didakwanya sebagai satu penganiayaan oleh Defendan. Menurut Plaintif, sepanjang Mei 2000 sehingga Disember 2000, Plaintif telah melarikan diri dari rumah kelamin dan pulang ke rumah ibunya beberapa kali. Perkara ini turut diakui oleh defendan, dalam keterangannya, Plaintif ada melarikan diri dari rumah kelamin pada 17hb Mei 2000 dan kembali semula pada 26hb Jun 2000. Pada 27hb Jun 2000, Plaintif keluar semula dan kembali semula selepas empat (4) hari. Manakala pada 10hb Julai 2000, Plaintif ada melarikan diri selama dua (2) hari dan pada 19hb Julai 2000 selama sehari. Defendan juga menambah, selain tarikh-tarikh di atas, Plaintif ada juga melarikan diri pada 26hb Julai 2000 selama dua (2) hari dan selepas itu pada 4hb Ogos 2000 sehingga 15hb Ogos 2000, 25hb Ogos 2000 sehingga 01hb September 2000, 03hb September 2000 sehingga 04hb September 2000 dan pada 14hb Oktober 2000 sehingga 18hb Oktober 2000. Selepas itu, Plaintif dan Defendan tinggal bersama sehingga bulan Disember 2000. Menurut Defendan, kali terakhir Plaintif keluar dari rumah pada bulan Disember 2000 dan selepas itu tidak pernah pulang semula ke rumah kelamin mereka.

Plaintif juga mendakwa bahawa defendan pada Februari 2000 telah meminjam wang daripada keluarga Plaintif sebanyak RM 47,000. Ayah Plaintif telah memberikan secara wang tunai kepada Defendan sebanyak RM 14,000 manakala bakinya Plaintif telah mengeluarkan dari akaun ASB Plaintif dan Defendan didakwa sehingga ke hari ini masih belum memulangkan kepada Plaintif. Dengan itu, Defendan dikatakan telah melupuskan harta Plaintif. Selain itu juga, menurut Plaintif sejak awal lagi, perkahwinannya dengan Defendan telah tidak bahagia disebabkan sering berlaku pertengkaran walaupun atas sebab yang remeh –temeh. Plaintif mendakwa, Defendan juga seorang yang panas baran dan cemburu buta selain suka membuat tuduhan dan memaki hamun Plaintif. Defendan juga di dakwa suka mengongkong Plaintif dan tidak membenarkan Plaintif keluar dari rumah semasa Plaintif tidak bekerja selain juga tidak membenarkan Plaintif berhubung dengan kawan-kawannya.

Seterusnya Plaintif telah memfailkan satu permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri 2003 namun telah dipinda kepada perceraian secara fasakh di bawah Seksyen 53 enakmen yang sama. Pada asalnya dan kes ini difailkan dengan menggunakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Pindaan 1988) namun enakmen ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri 2003 apabila ianya telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 2004. Berdasarkan Penyata Tuntutan Pindaan yang difailkan, Plaintif telah menuntut perceraian secara fasakh kepada Mahkamah dengan alasan-alasan berikut:-

1- Bahawa Defendan telah cuai untuk membayar nafkah Plaintif melebihi tempoh tiga (3) bulan; (Seksyen 53 (1) (b)
2- Bahawa Defendan telah menganiaya Plaintif iaitu:-
i)- Lazim menyakiti perasaan dan mental Plaintif;
ii)- Menyakiti tubuh badan Plaintif; (Seksyen 53 (1) (h) (i) dan (ii)
3- Bahawa Defendan telah melupuskan harta – harta Plaintif; (Seksyen 53 (1) (h) (iv);
4- Bahawa rumahtangga telah pecah belah;
i)- Tiada Persefahaman kerana sering berlaku pertengkaran;
ii)- Tinggal berasingan sejak Januari 2001 sehinggalah ke hari ini; ((Seksyen 53 (1) (l);
iii)- Tiada hubungan suami-isteri sejak Januari 2001 sehingga ke hari ini. (Seksyen 53 (1) (d);

Manakala defendan dalam Penyata Pembelaan Dan Tuntutan balas Defendan pula memohon kepada Mahkamah seperti di bawah:-
1- Mahkamah menolak permohonan Plaintif dengan kos guaman ditanggung oleh Plaintif.
2- Mahkamah mengisytiharkan Plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut Hukum Syara’.
3- Lain-lain perintah yang sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.

Permohonan asal yang difailkan oleh Plaintif adalah permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor. Walaubagaimanapun pada 14hb Ogos 2002, Plaintif telah membuat pindaan terhadap permohonannya dengan memfailkan Penyata Tuntutan Pindaan perceraian secara Fasakh. Kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan diwakili oleh Peguam Syarie masing-masing iaitu Plaintif diwakili oleh Ros’Aini Binti Idris daripada Tetuan Ros ‘Aini Idris & Co manakala Defendan diwakili oleh Musa Bin Awang daripada Tetuan Musa Awang & Associates.

Plaintif telah memberi keterangan pada 18hb. Feb., 19 hb. Mac dan 14hb. April 2003. Plaintif juga mengemukakan seramai tiga (3) orang saksi iaitu saksi Pertama Rodziah Binti Razali (SP 1), saksi kedua Haslina Binti Mohammad (SP2) dan saksi ketiga Haris Fadzila Bin Abdul Samad (SP 3) yang mana kesemua saksi-saksi ini telah memberikan keterangan pada 10hb Jun, 11hb Jun dan 10hb Julai 2003. Manakala Defendan telah mengemukakan keterangan pada 28hb. Ogos, 7hb. Okt, 21hb. April dan 14hb. Jun 2004. Defendan juga telah mengemukakan dua (2) orang saksi lelaki untuk menyokong keterangannya iaitu Ahmad fakar Bin Abdul Ghaffar (SD-1) dan Mohammad Khairi Bin Mohammad Shah (SD-2)

Keputusan

Diputuskan bahawa mahkamah ini memerintahkan seperti berikut:
1) Mahkamah sabitkan Defendan telah gagal memperuntukkan nafkah kepada Plaintif selama tempoh 3 bulan.
2) Mahkamah dengan ini meluluskan permohonan Plaintif untuk membubarkan dan memfasakhkan pernikahannya dengan Defendan di bawah Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
3) Mulai hari ini, 12hb Oktober 2004, jam lebih kurang 10.15 pagi, Mahkamah dengan ini memerintahkan pernikahan Plaintif Nor Faizah Binti Abdul Samad dan Defendan Abu Bakar Bin Abdul Ghaffar dibubarkan dan difasakhkan.
4) Mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Klang dan Surat Nikah No. 067065 Bilangan Daftar 24/96 dipulangkan dan dibatalkan.
5) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini boleh memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan ini dibacakan.

Peguam Syarie
Puan Ros ‘Aini Binti Idris (Tetuan Ros ‘Aini Idris & Co) mewakili Plaintif.
Encik Musa Bin Awang (Tetuan Musa Awang & Associates) mewakili Defendan.

Surah Al-Quran Yang Dirujuk
Surah an-Nisa’ ayat 34
Surah A-Talaq, ayat 7

Hadis Yang Dirujuk
-Tiada -

Kitab Yang Dirujuk
Kitab ‘Ianah At-Talibin dalam Jilid 4 muka surat 84
Kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa - ‘Adilatuh Juzu’ 7 muka surat 527
Kitab Ruhul Maani Juzu’ 5 muka surat 25
Kitab Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah, Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah 1968, hal: 727, Mesir
Kitab Mu’in al-Mubin Juzu’ 4 muka surat 83
Kitab Kifayah al –Akhyar juzu’ 2 muka surat 48
Kitab Raudh al-Thalib Juzuk 3 Bahagian an-Nafkah muka surat 426.
Kitab Sunan al - Matalib Bi Syarki Raudi al - Matalib;

Undang –Undang Yang Dirujuk
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 4, Seksyen 45, Seksyen 60 (1) (2) dan Seksyen 53)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 62 (2) (b) dan Seksyen 61 (3) (b))
Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Selangor) 2003
(Seksyen 3, 17, 48, 49, 50, 73, 74, 75, 76 dan Seksyen 77)

Kes –Kes Yang Dirujuk
Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif Bin Arshad (1994) 9 bhg 1 J.H 16
Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor
Abdul Hanif lwn Rabiah [53 JH (2) 11
Shaheila Binti Abdul Majid lwn Roslan Bin Aziz
Rosnani Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli
Fakhariah Lokman lawan Johari Zakaria
Norazian Binti Mohd Yusof lwn Khairul Azmi Bin Mohd Rasid
Hasanah Binti Abdullah lawan Ali Bin Muda (1999) JH (1420)H

Alasan Penghakiman
Plaintif dan Defenden dalam kes ini telah berkahwin pada 01hb Januari 1996 di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan, berwalikan bapa Plaintif. Hasil perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahayamata. Perkahwinan ini adalah perkahwinan kali pertama bagi Plaintif dan kali kedua bagi Defendan. Selepas bernikah, berdasarkan pengakuan pihak-pihak, Plaintif dan Defendan telah tinggal di alamat No. 69, Jalan USJ 2/5A, Subang Jaya Selangor Darul Ehsan yang mana rumah ini merupakan hak milik Defendan yang dibeli sebelum pernikahan pihak-pihak. Berdasarkan Penyata Tuntutan Pindaan dan Keterangan Plaintif, Defendan telah cuai di dalam memberi nafkah yang mencukupi malahan tiada langsung memperuntukkan wang tunai kepada Plaintif. Dakwaan Plaintif ini disangkal oleh Defendan yang mengatakan bahawa Defendan telah menyediakan segala-galanya keperluan nafkah di rumah kelamin mereka.

Selain itu, Defendan didakwa telah menyakiti diri Plaintif dengan menendang, menampar malahan memukul Plaintif hanya disebabkan perkara-perkara yang remeh – temeh sehingga mengakibatkan Plaintif mengalami lebam-lebam pada tubuh badannya. Pada tahun 1996 Defendan telah menghalau Plaintif dengan mengheret dan mencengkam tangan Plaintif dengan kuat dan kasar serta membuang baju-baju Plaintif keluar dan mengunci pintu. Dalam keadaan itu Plaintif telah menelefon SP1 dan ibunya untuk mengambilnya. Selepas dua (2) hari Plaintif kembali ke rumah kelamin mereka di Subang Jaya.

Pada bulan Mei 2000 Plaintif telah melarikan diri sekali lagi dari rumah kelamin mereka kerana disebabkan tidak tahan dengan apa yang didakwanya sebagai satu penganiayaan oleh defendan. Menurut Plaintif sepanjang Mei 2000 sehingga Disember 2000, Plaintif telah melarikan diri dari rumah kelamin dan pulang ke rumah ibunya beberapa kali. Perkara ini turut diakui oleh Defendan dalam keterangannya, Plaintif ada melarikan diri dari rumah kelamin pada 17hb Mei 2000 dan kembali semula pada 26hb Jun 2000. Pada 27hb Jun 2000, Plaintif keluar semula dan kembali semula selepas empat (4) hari. Manakala pada 10hb Julai 2000, Plaintif ada melarikan diri selama dua (2) hari dan pada 19hb Julai 2000 selama sehari. Defendan juga menambah, selain tarikh-tarikh di atas, Plaintif ada juga melarikan diri pada 26hb Julai 2000 selama dua (2) hari dan selepas itu pada 4hb Ogos 2000 sehingga 15hb Ogos 2000, 25hb Ogos 2000 sehingga 01hb September 2000, 03hb September 2000 sehingga 04hb September 2000 dan pada 14hb Oktober 2000 sehingga 18hb Oktober 2000. Selepas itu, Plaintif dan Defendan tinggal bersama sehinggalah ke bulan Disember 2000. Menurut Defendan, Plaintif keluar dari rumah kali terakhir pada bulan Disember 2000 dan selepas itu tidak pernah pulang semula ke rumah kelamin mereka.

Plaintif juga mendakwa bahawa Defendan pada Februari 2000 telah meminjam wang daripada keluarga Plaintif sebanyak RM 47,000. Ayah Plaintif telah memberikan secara wang tunai kepada Defendan sebanyak RM 14,000 manakala bakinya Plaintif telah mengeluarkan dari akaun ASB Plaintif dan Defendan sehingga ke hari ini masih belum memulangkan kepada Plaintif. Dengan tindakan tersebut, Defendan didakwa oleh Plaintif telah melupuskan harta milik Plaintif.
Selain itu juga, menurut Plaintif sejak awal lagi perkahwinannya dengan Defendan telah tidak bahagia disebabkan sering berlaku pertengkaran walaupun atas sebab yang remeh –temeh. Plaintif mendakwa, Defendan juga seorang yang panas baran dan cemburu buta selain suka membuat tuduhan dan memaki hamun Plaintif. Defendan juga didakwa suka mengongkong Plaintif dan tidak membenarkan Plaintif keluar dari rumah semasa Plaintif tidak bekerja selain juga tidak membenarkan Plaintif berhubung dengan kawan-kawannya.

Permohonan asal yang difailkan oleh Plaintif adalah permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor. Walaubagaimanapun, pada 14hb Ogos 2002, Plaintif telah membuat pindaan terhadap permohonannya dengan memfailkan Penyata Tuntutan Pindaan perceraian secara Fasakh. Kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan diwakili oleh Peguam Syarie masing-masing iaitu Plaintif diwakili oleh Ros’Aini Binti Idris daripada Tetuan Ros ‘Aini Idris & Co manakala Defendan diwakili oleh Musa Bin Awang daripada Tetuan Musa Awang & Associates.

Plaintif telah memberi keterangan pada 18hb Feb., 19 hb Mac dan 14hb April 2003. Plaintif juga mengemukakan seramai tiga (3) orang saksi iaitu saksi Pertama Rodziah Binti Razali (SP 1), saksi kedua Haslina Binti Mohammad (SP2) dan saksi ketiga Haris Fadzila Bin Abdul Samad (SP 3) yang mana kesemua saksi-saksi ini telah memberikan keterangan pada 10hb Jun, 11hb Jun dan 10hb Julai 2003. Manakala Defendan telah mengemukakan keterangan pada 28hb Ogos, 7hb Okt, 21hb April dan 14hb Jun 2004. Defendan juga telah mengemukakan dua (2) orang saksi lelaki untuk menyokong keterangannya iaitu Ahmad fakar Bin Abdul Ghaffar (SD-1) dan Mohammad Khairi Bin Mohammad Shah (SD-2)


Bidangkuasa
Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa mendengar kes ini seterusnya memutuskan kes ini berdasarkan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukan:-
“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi semua Orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.”

Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukan:-
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali :-
a)- jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini;
b)- jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut hokum syarak; dan
c)- jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam negeri Selangor.

Kedua-dua pihak telah bernikah pada 01 hb Januari 1996, dijalankan dan telah didaftarkan di Daerah Klang, Selangor Daru Ehsan dengan No. Siri Sijil Pendaftaran 067065 Bilangan Daftar 24/96 secara tunai. Ini adalah berdasarkan kepada Surat Perakuan Nikah pihak-pihak yang ditender kepada Mahkamah dan tiada sebarang bantahan dibuat ke atas dokumen tersebut.

Mengenai pemastautinan, telah memenuhi syarat yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Berdasarkan Penyata Tuntutan Plaintif, mahkamah berpuashati Plaintif telah tinggal di alamat No. 21, Jalan Sri Siantan 50, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan melalui Lampiran Salinan Kad Pengenalan Plaintif selain ianya tidak dibantah oleh Defendan pada mana-mana peringkat prosiding. Manakala Defenden pula mempunyai alamat penyampaiannya di alamat No. 69, Jalan USJ 2/5A UEP, Subang Jaya, 47000, Selangor Darul Ehsan. Ianya jelas bahawa permohonan ini memenuhi kehendak Seksyen 45 (1) (C) EUUKIS 2003 yang hanya memerlukan pemastautinan satu pihak sahaja adalah di negeri Selangor. Seksyen 2 EUUKIS 2003 memperuntukkan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

Di dalam kes Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif Bin Arshad (1994) 9 bhg 1J.H 16 Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti yang terdapat dalam Seksyen 2 enakmen tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam suatu kawasan atau pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada. Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa
“Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal, mendengar, dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk hadhanah dan harta sepencarian).”

Mahkamah merujuk pula Seksyen 61 (3) (b) Enakmen yang sama telah memperuntukkan:-
“Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
(b) dalam bidangkuasa Malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan :
i- pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq)atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri;
ii- ……………………………………….”

Dari peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini.

Fakta Yang Menjadi Isu
Dalam kes ini, ada beberapa fakta utama yang perlu Mahkamah putuskan. Isu isu tersebut adalah seperti berikut:
1. Samada Defendan lazim menyakiti Plaintif sehingga menjadikan kehidupan Plaintif teraniaya dengan penganiayaan tersebut seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (h) (i) dan (ii) EUUKIS 2003.
2. Samada Defendan telah melupuskan harta – harta Plaintif seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (h) (iv) EUUKIS 2003.
3. Samada Mahkamah boleh mengisytiharkan Defendan sengaja Plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut Hukum Syara’.
4. Isu yang berkaitan samada Defenden cuai memperuntukkan nafkah kepada Plaintif seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003.
5. Samada rumahtangga Plaintif dan Defendan telah pecah belah;
i)- Tiada Persefahaman kerana sering berlaku pertengkaran;
ii)- Tinggal berasingan sejak Januari 2001 sehinggalah ke hari ini;
iii)- Tiada hubungan suami-isteri sejak Januari 2001 sehingga ke hari ini.

Dan jika sabit dakwaan Plaintif rumahtangganya bersama Defendan telah pecah belah adakah Mahkamah boleh mensabitkan perceraian secara fasakh seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (l) EUUKIS 2003. Sebelum Mahkamah pergi lebih jauh dan mengulas lanjut berkaitan isu-isu di atas secara satu persatu dan terperinci, adalah lebih baik Mahkamah merujuk kepada pendapat-pendapat ulama mu’tabar berkaitan keharusan permohonan isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan melalui fasakh. Antaranya di dalam Kitab ‘Ianah At-Talibin dalam Jilid 4 mukasurat 84 ada menyebut:-


Maksudnya:“Peruntukan fasakh itu untuk mengelakkan kemudharatan kepada perempuan itu”

Selain itu, dalam Kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa - ‘Adilatuh Juzu’ 7 mukasurat 527 telah memberi panduan kepada hakim untuk merungkaikan dan membubarkan perkahwinan disebabkan syiqaq atau adanya kemudharatan dan pergaulan yang buruk dalam rumahtangga. Ia nya berbunyi seperti berikut:-




Maksudnya:“Dan dari segi kemudharatan pula ialah suami menyakiti isterinya dengan kata-kata ataupun perbuatan seperti memaki hamun, memburukkan peribadi sehingga menjejaskan reputasi, memukul sehingga luka, mendorong atau memaksa melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan Allah, meninggalkan isterinya dan tidak menegurnya tanpa sebab yang diharuskan dan lain-lain lagi yang seumpamanya.”

Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 53 Enakmen undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 ada menyebut seperti di bawah:-
53.(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alas an-alasan yang berikut, iaitu-
a- bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
b- bahawa suami telah cuai dan telah tidak mengadakan peruntukkan bagi nafkahnya selama tempoh tiga (3) bulan;
c- bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih;
d- bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
e- bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
f- bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
g- bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbinya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
h- Bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu, antara lain-
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hokum syarak;
iii cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
iv melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
v menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;
vi jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
i- bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;
j- bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui Hukum Syarak;
k- bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan sakit otak adalah dari jenis atau setakat menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
l- apa - apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan isteri atau suami menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.
(3) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1) (c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani hukuman satu tahun dari hukuman itu.
(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1) (e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam sub-seksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Merujuk kembali kepada kes yang dibicarakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah merasakan adalah lebih baik jika Mahkamah mengulas satu persatu alasan-alasan Plaintif dalam kes ini dan juga tuntutan balas Defendan sebelum Mahkamah memutuskan samaada permohonan ini diluluskan ataupun sebaliknya.

Isu yang pertama adalah samada Defendan lazim menyakiti Plaintif sehingga menjadikan kehidupan Plaintif teraniaya dengan penganiayaan tersebut seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (h) (i) EUUKIS 2003.

Dalam permohonan ini, Plaintif telah memohon supaya perkahwinannya dengan defenden dibubarkan melalui fasakh berasaskan alasan bahawa defenden telah menganiayanya dengan memukulnya. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, di bawah seksyen 52 (1) (h) (i) memperuntukkan bahawa seorang perempuan yang berkahwin di bawah Hukum Syara’ adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas telah lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh perlakuan aniaya.

Untuk Mahkamah mendapatkan penjelasan berkaitan prinsip-prinsip asas dalam pembuktian kes-kes sebegini Mahkamah merujuk kepada Kes Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa di dalam ajaran Islam suami diberi hak memukul isteri sekiranya terdapat tanda-tanda isteri dikhuatiri nusyuz seperti dalam al-Quran Surah an-Nisa’ ayat 34;

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (34)
Ertinya: “Dan wanita - wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Sudah dijelaskan dalam ayat Allah ini bahawa tindakan memukul isteri adalah hanya boleh berlaku pada peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan setelah juga isteri itu dipisahkan dari tempat tidur. Walaubagaimanapun yang menjadi persoalannya adalah bagaimana pukulan yang dibenarkan kepada suami-suami sebagai pengajaran kepada isterinya. Untuk menjelaskan prinsip tersebut Mahkamah melihat kepada tafsiran ulama’-ulama muktabar terhadap ayat tersebut seperti berikut:-

Al-Qurtubi di dalam tafsirnya, juzu’ 5, muka surat 172 menyatakan pukul dalam ayat ini adalah pukul adab dan maksud daripadanya antara lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran. Al-Alusy dalam Ruhul Maani juzu’ 5 muka surat 25 menyatakan pukul yang bukan menyakiti dengan sekira-kiranya tidak mencederakan dan tidak mematahkan tulang. Sementara al-Maraqi di dalam tafsirannya, juzu’ 5 muka surat 29 pula berpendapat pukul ialah pukul yang tidak menyakiti yang bersangatan seperti pukul dengan tangan atau tongkat kecil.

Selain itu, sebelum apa-apa keputusan dibuat adalah wajar untuk Mahkamah memahami apa yang dikendaki oleh peruntukan tersebut dalam kes-kes perceraian secara fasakh melalui penganiayaan suami. Untuk tujuan memahaminya perkataan seperti “lazim” dan “menyakiti” sendiri haruslah difahami terlebih dahulu. Mahkamah merujuk dalam Kamus Dewan, “lazim” bermakna biasa, selalu, ghalib, telah umum, kerap, acapkali, berkali-kali, seringkali. Sementara “menyakiti” bermakna mempersakiti menyebabkan berasa sakit dan termasuk apa jua perbuatan atau perkataan.

Seperti yang dijelaskan oleh Yang amat Arif Hakim Jawatankuasa Rayuan dalam kes di atas bahawa perkara pokok di bawah seksyen 52 (1) (h) yang harus difahami adalah penganiayaan (cruelty) oleh suami terhadap isteri dan sebagai contoh, enam ilustrasi telah dinyatakan di dalm perenggan kecil (i) hingga (vi). Contoh-contoh ini hendaklah dianggap sebagai “antara lain”. Penganiayaan di bawah seksyen 52 (1) (h) boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk mental atau fizikal. Perkataan “lazim menyakiti” (atau “habitual assault”) di dalam contoh (i) di bawah seksyen tidak bermakna memukul secara fizikal. Di dalam bahasa perundangan, ada perbezaan antara perkataan “assault” dan “battery”. Perkataan “baterry” bermakna memukul dengan cara fizikal, tetapi perkataan “assault” tidak begitu.

Oleh yang demikian, perkataan “lazim menyakiti” hanya relevan dalam kes penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan yang hanya timbul apabila berlaku acapkali dalam jangkamasa dan oleh itu berkehendakkan “lazim” atau “habitual” dibuktikan oleh isteri. Kuasa mahkamah membubarkan perkahwinan atau fasakh kerana perbuatan yang menyebabkan berlakunya “dharar” terhadap isteri adalah berdasarkan kepada Mazhab Maliki. (Midad abdul Tawwab, Mausua’h Al- Maaarif, Iskandariayyah Egypt 1986, hal 646).

Berdasarkan Dr. Ahmad Al-Husary. Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah, Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah 1968, hal:727, Mesir), prinsip pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana “aniaya” atau “dharar” ini tidak disyariatkan terhadap tubuh badan sahaja, malahan lebih luas dari itu termasuk enggan bercakap dengan isteri, membelakangkan isteri atau memalingkan muka darinya semasa di katil, mengutamakan memberi layanan kepada perempuan lain selain isteri, memukul dengan pukulan yang menyakiti dan seterusnya dan tidaklah disyariatkan pukulan itu dilakukan berulang kali dan lazim.
Pada satu peringkat lain, pembuktian terhadap dakwaan pukul itu haruslah ditanggung oleh yang mendakwa iaitu Plaintif. Namun apa yang menjadi persoalannya adalah bagaimana pembuktian itu boleh diterima oleh Mahkamah? Dalam hal ini dan untuk menjelaskan lagi prinsip Mahkamah terhadap tahap pembuktian kes-kes penderaan seperti ini Mahkamah suka merujuk kepada kes rujukan iaitu Abdul Hanif lwn Rabiah [53 JH (2) 11. Dalam kes Rayuan tersebut Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan dalam penghakimannya ada menyebut seperti berikut:-
“ …………. Tidaklah munasabah memerlukan seorang isteri yang mendakwa ia dipukul oleh suaminya mengadakan saksi-saksi seperti itu, kerana mustahil seorang suami apabila memukul isterinya akan memanggil dua orang saksi lelaki atau dua orang saksi perempuan dan seorang saksi lelaki untuk menyaksikan pukulan itu. Dalam perkara seperti itu tidak perlu keterangan diberi secara syahadah, dan memadai ia diberi sebagai baiyinah dan qarinah”

Berdasarkan pendapat di atas, adalah jelas bahawa pembuktian kes-kes sebegini boleh dibuktikan secara baiyinnah dan qarinah sahaja sepertimana prinsip ini terpakai di dalam kes Shaheila Binti Abdul Majid lwn Roslan Bin Aziz. Berbalik kepada kes ini, Plaintif telah mendakwa bahawa Defendan telah lazim menyakiti Plaintif sama ada secara fizikal ataupun mental. Dalam hal ini, adalah lebih baik Mahkamah mengulas isu ini secara satu persatu. Berkaitan perlakuan defendan lazim menyakiti mental, menurut Plaintif, Defendan sering menyakiti Plaintif dengan kata-kata kesat, membuat pelbagai tuduhan terhadap Plaintif dan Defendan juga suka memaki hamun sesuka hati dan juga mengugut. Selain itu, menurut Plaintif, Defendan merupakan seorang yang kuat cemburu dan terlalu mengongkong kebebasan Plaintif sehingga Plaintif tidak dibenarkan keluar dari rumah kelamin mereka semasa Defendan keluar bekerja. Menurut Plaintif lagi, kejadian ini berlaku semasa Plaintif tidak lagi bekerja selepas lebih kurang setahun Plaintif berkahwin dengan Defendan.

Kenyataan Plaintif itu turut disokong oleh SP1. SP1 memberitahu bahawa pernah melawat Plaintif ketika Defendan keluar bekerja. Ketika SP1 melawat, Plaintif dikatakan sering mengadu tidak boleh keluar rumah dan SP1 sering membawa makanan kepada Plaintif. Menurut SP1 lagi pada kebiasaannya ketika SP1 datang keadaan pintu rumah Plaintif yang bergrill berkunci dan hanya dapat berjumpa dengan Plaintif melalui tingkap sahaja. SP1 sendiri ketika hendak masuk ke halaman rumah itu terpaksa melalui ruang tempat membuang sampah kerana pintu pagar berkunci. Keterangan ini juga disokong oleh SP2 yang menyatakan Plaintif sering mengadu kepada saksi atau ibu Plaintif bahawa di rumah tiada makanan. Selepas itu SP2 datang ke rumah Plaintif selepas Plaintif telefon bersama ibu mertua yang juga ibu Plaintif untuk menghantar makanan. Seringkali Plaintif telefon saksi atau ibunya mengadu ketiadaan makanan dalam keadaan menangis. Manakala Defendan dalam keterangannya mengaku ada memaki hamun, marah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Plaintif. Menurutnya ia adalah bertujuan untuk meminta Plaintif memberikan jawapan yang benar terhadap pertanyaan Defendan. Defendan juga menyatakan, sepanjang perkahwinan dengan Plaintif, Defendan tidak pernah menendang atau memukul Plaintif.

Berdasarkan kenyataan Plaintif, Plaintif menyatakan bahawa dalam satu kejadian pada tahun 1996 Plaintif telah dihalau oleh Defendan dari rumah kelamin mereka. Dalam Kejadian itu, Plaintif didakwa telah ditarik tangannya dengan kasar iaitu Defendan mencengkam tangan Plaintif dengan kuat dan menarik tangan Plaintif secara mengheret dari tangga tingkat dua sehingga ke pintu utama rumah. Selepas itu, Defendan dikatakan menyuruh Plaintif keluar dan mengunci pintu dari dalam seolah-olah tidak membenarkan Plaintif masuk. Kenyataan berkaitan kejadian ini kemudiannya di sokong oleh SP1 yang memberitahu Mahkamah bahawa pada petang itu SP1 dan Plaintif telah keluar dan pada waktu petang SP1 telah menghantar Plaintif pulang. Namun pada waktu malam itu, SP1 menerima panggilan telefon dari Plaintif yang menggunakan Public Phone (Telefon Awam) yang menyatakan Plaintif telah dihalau oleh Defendan.

Sejurus selepas itu, SP1 terus pergi mendapatkan Plaintif di tempat di mana Plaintif menelefonnya iaitu agak jauh dari rumah Plaintif. Menurut SP1, keadaan di situ adalah gelap dan sunyi kerana jalan itu pada waktu malam jarang dilalui kenderaan. Menurutnya lagi, SP1 menemani Plaintif sehinggalah ibu dan bapa Plaintif sampai ke tempat itu untuk mengambilnya. Ketika itu juga, Plaintif pada waktu itu membawa bersamanya satu beg plastic berisi pakaian. Selepas dua hari, Plaintif telah pergi berjumpa Defendan dan berbincang yang mana akhirnya Plaintif dan Defendan bersetuju berdamai dan berbaik semula sebagai suami isteri. Dalam tempoh itu, Defendan mengakui bahawa tiada sebarang usaha dibuat untuk mencari Plaintif atau menghubungi Plaintif untuk bertanya khabar atau sebagainya.

Manakala Defendan dalam keterangan balas ada menyatakan bahawa pada malam kejadian, Defendan sememangnya ada mengheret Plaintif dengan mencengkam tangan Plaintif dengan kuat kerana pada waktu itu semasa defendan menarik tangan Plaintif, Plaintif telah berpaut pada bahu tangga rumah. Oleh itu, Defendan terpaksa menarik tangan Plaintif dengan kuat. Defendan juga mengakui bahawa sememangnya Defendan menyuruh Plaintif duduk di luar rumah pada waktu itu kerana Defendan marah dengan Plaintif dan mengunci dari dalam rumah. Niat sebenar Defendan adalah untuk menyuruh Plaintif duduk di luar sebagai pengajaran dan sedar kesalahannya bukannya menghalau Plaintif dan Defendan juga menegaskan bahawa Plaintif ada kunci pintu tersebut dan boleh membukanya sambil mengakui bahawa pintu boleh dikunci dari dalam dan hanya boleh dibuka dari luar dengan menggunakan kunci sahaja. Semasa kejadian itu Defendan ada menyatakan kepada Plaintif “Kalau suka sangat duduk sahaja di luar” yang mana kejadian itu berlaku jam 12.00 malam.

Selain itu, Plaintif juga mendakwa bahawa Defendan ada menyimbah air ke muka Plaintif semasa Plaintif sedang tidur kerana Defendan marah kepada Plaintif. Namun malangnya tiada penjelasan lanjut dikemukakan oleh Plaintif ataupun tiada keterangan balas Defendan dinyatakan kepada Mahkamah berkaitan isu ini. Plaintif juga mendakwa dalam satu kejadian lain yang tarikhnya tidak dapat diingati yang mana mungkin berlaku sekitar tahun 1997 atau sekitar 1998 yang mana dalam kejadian itu Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah menampar, memukul dan juga menendang Plaintif sehingga menyebabkan Plaintif mengalami lebam-lebam dan tidak dinyatakan bahagian mana yang mengalami lebam. Ia disokong oleh keterangan SP2 dalam keterangannya bahawa semasa membawa Plaintif keluar makan, SP2 ada melihat kesan lebam tersebut dan SP2 pernah bertanyakan kepada Plaintif tetapi Plaintif hanya menjawab “Biasalah, baru lepas perang besar”. Menurut Plaintif, Plaintif ada membuat rawatan di Subang Jaya Medical centre (SJMC). Plaintif sendiri semasa perbicaraan berlangsung berjanji untk kemukakan laporan perubatan berkaitan kepada Mahkamah namun sehingga kes ini selesai dibicarakan Plaintif tidak mengemukakan kepada Mahkamah dokumen tersebut.

Defendan semasa keterangannya, dalam kejadian tersebut Plaintif ada mengadu kepada Defendan bahawa ada berlaku pendarahan di bahagian kemaluan Plaintif dan Defendan terus menghantar Plaintif di SJMC untuk mendapatkan rawatan yang mana Defendan diberitahu bahawa ianya berpunca dari infeksi iaitu sejenis penyakit wanita dan bukannya disebabkan dari perbuatan Defendan memukul Plaintif.

Dalam hujjahnya, Defendan ada menyebutkan bahawa keterangan Plaintif dan SP1 juga SP2 tidak boleh diterima berasaskan alasan bahawa keterangan mereka bercanggah sesama sendiri apabila mereka mengatakan bahawa Plaintif dikatakan tidak dibenarkan keluar dan pada masa yang sama Plaintif pernah keluar makan bersama SP2 dan SP3. Namun andaian Mahkamah perkara yang terjadi terhadap Plaintif atau dengan kata lain perlakuan Plaintif tidak dibenarkan keluar rumah itu boleh berlaku selepas kejadian yang mengatakan Plaintif ditarik, diheret keluar rumah dan dihalau oleh Defendan kerana keluar rumah bersama SP1. Mahkamah percaya perkara tersebut berlaku namun agak malang apabila Plaintif dan saksi-saksinya tidak dapat mengingati dan menyatakan tarikh tepat berlakunya peristiwa Plaintif dihalang keluar rumah dan SP1 dan SP2 datang menghantar makanan kepada Plaintif.

Dalam isu ini, Mahkamah mendapati bahawa berkaitan dakwaan Plaintif bahawa Defendan menyakiti Plaintif yang bersalahan dengan hukum syarak ataupun menyakiti Plaintif secara fizikal adalah tidak dibuktikan. Mahkamah dalam perbicaraan hanya didedahkan oleh Plaintif bahawa Defendan pernah menendang, memukul dan menampar Plaintif sahaja. Namun tiada dikemukakan keterangan lain walaupun secara qarinah bahawa perkara tersebut memang berlaku. Apatah lagi, tiada satu Laporan Perubatan ditenderkan kepada Mahkamah bagi menyokong dakwaan itu walaupun pada satu peringkat Plaintif berjanji kepada Mahkamah untuk mengemukakannya. Selain itu, kejadian Defendan menarik tangan Plaintif dengan kuat masih juga tidak dibuktikan dengan jelas samada perkara tersebut benar-benar menyakiti Plaintif. Malahan tiada keterangan saksi-saksi Plaintif yang menguatkan dakwaan tersebut secara qarinah yang memuaskan hati mahkamah yang dapat membuktikan berlakunya kejadian untuk secara spesifik. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa dakwaan Plaintif itu tidak dibuktikan dan alasan ini sukar diterima dan Mahkamah wajar menolaknya walaupun berkemungkinan berlaku.

Manakala dakwaan Plaintif bahawa defendan telah menganiaya Plaintif secara mental, Mahkamah dapati bahawa telah berlaku kejadian-kejadian yang mana ianya mungkin menyebabkan mental Plaintif terdera dan disakiti. Namun dalam isu sebegini, Mahkamah beranggapan walaupun wujud kejadian-kejadian itu yang mana ianya boleh menyakiti Plaintif secara mental tetapi ianya masih tidak cukup untuk membuktikan bahawa Defendan menyakiti Plaintif secara mental. Dalam isu-isu sebegini, Mahkamah seharusnya diberitahu oleh Plaintif tentang kesan-kesan yang berlaku terhadap kejadian-kejadian yang menimpa Plaintif.

Dalam membuktikan sesuatu perbuatan dan tindakan itu boleh memberi kesan kepada mental Plaintif seharusnya Plaintif mendapatkan keterangan Pakar untuk membantunya membuktikan bahawa tindakan-tindakan Defendan itu sememangnya menyakiti Plainti secara mental ataupun menganggu emosi Plaintif yang boleh menyebabkan Plaintif teraniaya dengan tindakan Defendan. Bagi Mahkamah intipati penting dalam isu sebegini adalah kesan perlakuan atau tindakan Defendan tersebut sejauhmana memberi kesan terhadap Plaintif. Oleh itu, sekali lagi Mahkamah mendapati bahawa dakwaan Plaintif itu tidak dibuktikan dan alasan ini sukar diterima dan Mahkamah wajar menolaknya walaupun ia mungkin berlaku.

Isu yang kedua adalah samada Defendan telah melupuskan harta – harta Plaintif seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (h) (iv) EUUKIS 2003.

Sebelum Mahkamah mengulas lanjut berkaitan isu ini, adalah lebih baik Mahkamah memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan “melupuskan harta” bagi memudahkan Mahkamah memutuskan isu ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Keempat 1993 dalam muka surat 777 ada menyebut lupus bermakna hapus, luput, hilang manakala melupuskan pula memberi maksud menghapuskan, meniadakan.

Dalam muka surat 408 kamus yang sama ada menyebut, Harta pula bermakna barang-barang yang berharga (seperti rumah, tanah, barang kemas dsb) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan dll) ….- benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yang berharga (sbg kekayaan) - ………: - jangka panjang ie benda (seperti tanah, bangunan, jentera dll) untuk keperluan perusahaan dalam jangka panjang, asset jangka panjang, - jangka pendek ie wang atau benda yang mudah dijadikan wang, asset jangka pendek ….

Dalam kes ini, berdasarkan keterangan Plaintif pada Februari 2000, Defendan ada datang ke rumah ibubapa Plaintif untuk meminjam wang daripada mereka sebanyak RM 47,000 untuk tujuan membuka perniagaan yang berorientasikan cenderahati dengan nama Ketupat Linux Sdn. Bhd. Pada hari tersebut juga, Defendan menerima sebanyak RM 4,000 daripada ayah Defendan melalui cek yang tertulis di dalam keratan cek atas nama Plaintif dan defendan. Plaintif juga mendakwa baki dari jumlah tersebut dikeluarkan dari simpanannya dari akaun ASB sebanyak RM43,000. Menurut Plaintif, wang tersebut diberikan oleh ayahnya kepadanya dengan memasukkan terus ke dalam akaun ASB tersebut. Kenyataan ini di sokong oleh SP2 dan SP3 yang mana mereka berada bersama menyaksikan kehadiran Defendan dan perbincangan tersebut berlangsung. SP2 lagi menambah bahawa SP2 menyaksikan bahawa Plaintif telah menunjukkan wang sebanyak RM 43,000 yang dikeluarkan dari akaunnya di Pejabat Pos kepadanya dan ibu Plaintif oleh Plaintif. SP2 juga dimaklumkan bahawa selepas itu, Plaintif memberitahunya hendak menyerahkan wang tersebut kepada defendan.

Defendan dalam keterangannya pula mengakui bahawa ia ada meminjam wang tersebut untuk tujuan yang dinyatakan oleh Plaintif. Namun menurut Defendan, Syarikat yang ditubuhkan itu adalah kepunyaan ayah Plaintif sendiri yang mana ia hanya bertindak sebagai Pengurus atau orang yang menjalankan perniagaan tersebut. Menurut defendan lagi, defendan sememangnya masih belum membayar sehingga kini jumlah wang tersebut kerana syarikat itu mengalami kerugian kerana orang yang memberikan tender atau kontrak membekalkan barangan itu iaitu Syarikat Perniagaan Kesas telah tidak membayar setelah menerima barangan yang dibekalkan. Usaha untuk mendapatlan kembali wang tersebut telah gagal apabila Syarikat tersebut telah berpindah ke alamat lain yang tidak dapat dikesan.

Berpegang kepada pengakuan Plaintif dan Defendan yang mana ianya juga selari dengan keterangan SP2 dan SP3, Mahkamah mendapati apa yang berlaku sebenarnya adalah Defendan meminjam wang dari bapa Plaintif untuk tujuan membuka perniagaan. Apa yang menjadi persoalannya apakah wang yang diberi oleh Plaintif melalui akaunnya sebanyak RM 43,000 tersebut juga wang bapanya atau kepunyaan Plaintif? Jika benar wang tersebut dipunyai oleh Plaintif bermakna Defendan telah meminjam wang daripada bapa mertuanya dan juga Plaintif sendiri? Selain itu, turut dipersoalkan kenapa perniagaan yang dibuka oleh defendan yang mana Defendan mendakwa beliau hanya sebagai Pengurus menggunakan nama bapa Plaintif sebagai pemegang saham utama dan bukannya Defendan sendiri? Berkemungkinan semasa perbincangan dilakukan ada perkara-perkara tertentu yang masih tidak diterangkan kepada Mahkamah dengan jelas dan terperinci yang menyebabkan sukar bagi Mahkamah menentukannya.

Walaubagaimanapun pada anggapan Mahkamah, Mahkamah percaya selain wang sebanyak RM 4,000 yang diberikan kepada Defendan melalui cek oleh bapa Plaintif, bakinya adalah milik Plaintif. Anggapan ini berdasarkan keterangan SP2 dan SP3 yang menjelaskan bahawa wang tersebut dikeluarkan melalui akaun ASB Plaintif walaupun mungkin ianya hasil atau pemberian bapa Plaintif. Menurut Plaintif, Defendan selepas meminjam wang tersebut sehingga kini masih tidak membayar balik pinjaman tersebut samada kepada Plaintif mahupun bapanya. Berkemungkinan inilah yang dikatakan atau didakwa oleh Plaintif bahawa Defendan telah melupuskan harta Plaintif iaitu wang sebanyak RM 43,000 disebabkan kegagalan Defendan memulangkan kembali wang tersebut atau modal yang dipinjamkan oleh Plaintif kepada Defendan tersebut.

Persoalannya adakah Mahkamah boleh menerima dakwaan Plaintif tersebut? Bagi Mahkamah sebelum apa-apa keputusan dibuat lebih wajar Mahkamah mentafsirkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pinjam, meminjam ataupun pinjaman bagi memudahkan Mahkamah memutuskan isu ini. Mahkamah merujuk sekali lagi, Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Keempat 1993 dalam muka surat 969, yang menyebut bahawa pinjam bermaksud 1. = memberi – memberi sesuatu untuk digunakan sementara (dengan janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya) – 2. = minta – minta menggunakan sesuatu buat sementara (dengan maksud mengembalikan apabila sampai tempohnya); manakala meminjam pula memberi maksud 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain buat sementara waktu, minta pinjam. 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yang di petik dsb daripada sesuatu sumber: Selain itu juga, meminjamkan memberi maksud memberikan barang dll untuk dipinjam manakala pinjaman 1. barang dll yang dipinjam (dipinjamkan) 2. wang yang diberikan kepada seseorang dll buat sementara dan perlu dikembalikan kemudian.

Setelah diteliti kesemua perkara-perkara di atas, Mahkamah mendapati bahawa tindakan meminjam dan tindakan melupuskan sesuatu harta adalah satu tindakan yang tidak sama kesannya. Sebagai contoh, Defendan telah meminjam wang daripada Plaintif sebanyak RM 43,000 untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, apabila Defendan meminjam bermakna menjadi tanggungjawab defendan untuk membayar kembali wang tersebut kepada Plaintif tidak kira samada secara ansuran atau sekaligus. Konsep meminjam yang lebih mudah difahami adalah sama seperti yang diaplikasikan oleh bank-bank. Jika Defendan tetap enggan membayar, Plaintif boleh mengambil tindakan sivil terhadap Defendan untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

Ianya jelas berbeza dengan konsep melupuskan harta yang mana ianya lebih kepada tindakan mengambil, menggunakan harta seseorang dengan menggunakan kaedah-kaedah ataupun cara-cara yang tidak dibenarkan ataupun tanpa pengetahuan dan keizinan pemilik harta tersebut. Dalam kes ini, sebenarnya pada andaian Mahkamah tidak berlaku dan tidak dibuktikan perlakuan Defendan melupuskan harta Plaintif. Apa yang berlaku adalah defendan hanya meminjam wang tersebut daripada Plaintif dan dengan kebenaran Plaintif bersandarkan kepada pengakuan Plaintif dan SP2 yang menyatakan bahawa Plaintif sendiri yang mengeluarkan wang tersebut daripada akaun ASB dengan kerelaannya sendiri tanpa sebarang paksaan daripada Defendan. Adalah salah bagi Mahkamah untuk menganggap ianya sebagai paksaan sedangkan tindakan yang dilakukan oleh Plaintif adalah kehendaknya sendiri. Jika tindakan Defendan yang tidak membayar kembali wang tersebut yang menjadi isu pertikaian, Plaintif seharusnya membuat tuntutan di Mahkamah Sivil untuk mendapatkannya kembali.

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi Mahkamah menerima dakwaan Plaintif ini dan seharusnya bagi Mahkamah menolak alasan Plaintif kerana tiada bukti yang jelas yang menunjukkan Defendan melupuskan harta milik Plaintif.

Isu yang seterusnya adalah samada Mahkamah boleh mengisytiharkan Plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut Hukum Syara’.

Dalam tuntutan balas, Defendan telah memohon kepada Mahkamah supaya mengisytiharkan Plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut Hukum Syara’ beralasan Plaintif keluar rumah tanpa kebenaran defendan dan setelah dipujuk engkar dan enggan mengikut kehendak defendan sebagai suami, Plaintif enggan dan cuai menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, Plaintif tidak lagi taat kepada suami dan tidak tinggal di tempat yang dikehendaki oleh defendan.

Tujuan Defendan berbuat demikian adalah seperti yang telah maklum adalah untuk mendapatkan perintah supaya Plaintif tidak berhak menerima nafkah dalam tempoh selama Plaintif dan Defendan tinggal berasingan. Ianya sesuai dengan pendapat-pendapat ulama’ muktabar seperti di bawah:-

Sementara itu, dalam Kitab Mu’in al-Mubin Juzu’ 4 muka surat 83 ada menyebut:-



Maksudnya: “Dan apabila didapati seorang tidak taat pada suaminya adalah ia menjadi nusyuz dan tidak wajib suami memberi nafkah selama dalam nusyuz.”

Dalam Kitab Kifayah al –Akhyar juzu’ 2 mukasurat 48 ada menyebut:-


Maksudnya: “Dan apabila seseorang nusyuz gugur ia daripada menerima nafkah, pakaian dan giliran”.

Selain itu, permohonan Defendan tersebut adalah berdasarkan sebab yang jelas iaitu berasaskan tindakan-tindakan Plaintif yang tidak disukai oleh Defendan antaranya seperti dibawah:-

Berdasarkan kepada keterangan Plaintif, sekitar tahun 1996 Defendan telah menghalau Plaintif dengan mengheret dan mencengkam tangan Plaintif dengan kuat dan kasar serta membuang baju-baju Plaintif keluar dan mengunci pintu. Dalam keadaan itu,, Plaintif telah menelefon SP1 dan ibunya untuk mengambilnya dan selepas dua (2) hari Plaintif kembali ke rumah kelamin mereka di Subang Jaya. Pada bulan Mei 2000, Plaintif telah melarikan diri sekali lagi dari rumah kelamin mereka kerana disebabkan tidak tahan dengan apa yang didakwanya sebagai satu penganiayaan oleh defendan. Menurut Plaintif, sepanjang Mei 2000 sehingga Disember 2000, Plaintif telah melarikan diri dari rumah kelamin dan pulang ke rumah ibunya beberapa kali. Perkara ini turut diakui oleh defendan dalam keterangannya, Plaintif ada melarikan diri dari rumah kelamin pada 17hb Mei 2000 dan kembali semula pada 26hb Jun 2000. Pada 27hb Jun 2000, Plaintif keluar semula dan kembali semula selepas empat (4) hari.

Manakala pada 10hb Julai 2000, Plaintif ada melarikan diri selama dua (2) hari dan pada 19hb Julai 2000 selama sehari. Defendan juga menambah, selain tarikh-tarikh di atas, Plaintif ada juga melarikan diri pada 26hb Julai 2000 selama dua (2) hari dan selepas itu pada 4hb Ogos 2000 sehingga 15hb Ogos 2000, 25hb Ogos 2000 sehingga 01hb September 2000, 03hb September 2000 sehingga 04hb September 2000 dan pada 14hb Oktober 2000 sehingga 18hb Oktober 2000. Selepas itu, Plaintif dan Defendan tinggal bersama sehingga bulan Disember 2000. Menurut Defendan, Plaintif keluar dari rumah kali terakhir pada bulan Disember 2000 dan selepas itu tidak pernah pulang semula ke rumah kelamin.

Berdasarkan pemahaman Mahkamah ini adalah antara tindakan-tindakan yang dikatakan oleh Defendan keluar rumah tanpa izin selain perkara - perkara di atas yang disebutkan terlebih dahulu sehingga menyebabkan Defendan memohon supaya Plaintif diisytiharkan nusyuz oleh Mahkamah ini. Persoalannya, adakah Mahkamah boleh membenarkan tuntutan balas defendan ini? Dalam mencari penyelesaian berkaitan isu ini Mahkamah merujuk kembali kepada Surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:-
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (34)
“Dan wanita - wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari - cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Berdasarkan ayat di atas, adalah jelas bahawa sebelum apa tindakan untuk mengisytiharkan isteri sebagai nusyuz, suami perlulah melalui ketiga-tiga peringkat yang telah dijelaskan oleh ayat di atas. Dengan kata lain, suami haruslah berusaha memberi bimbingan dan nasihat supaya isteri mereka tidak melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjerumuskan mereka sebagai isteri yang nusyuz. Dalam kes ini, tidak dijelaskan oleh Defendan apakah tindakan-tindakan yang Defendan lakukan dalam usaha menasihati Plaintif supaya kembali kepadanya samada melalui Kaunseling ataupun kaedah yang disebutkan di atas. Bahkan Defendan membuat pengakuan bahawa selepas Plaintif keluar dari rumah kelamin, hanya sekali sahaja Defendan datang untuk memujuk Plaintif yang sebelum hari raya pada tahun 2000. Turut dijelaskan oleh SP2 pada malam itu, telah menyaksikan berlakunya pertengkaran di antara Plaintif dan Defendan di rumah ibubapa Plaintif.

Selain itu Mahkamah juga merujuk kepada Kes Fakhariah Lokman lawan Johari Zakaria yang mana Hakim Bicara kes ini menyebut bahawa kes nusyuz tidak boleh ditimbulkan semasa kes nafkah tanpa terlebih dahulu seseorang suami memohon perintah Mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Di dalam kes tesebut, Yang Amat Arif Hakim Rayuan, Tan Sri Mohamed Azmi telah menyebut:-

“Walaupun boleh dikatakan perlu diputuskan bahawa seorang isteri tidak nusyuz dan berhak mendapat nafkah, kami berpendapat dalam kes ini suami tidak pernah memohon perintah Mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Keterangan yang diberi dalam kes ini menunjukkan isteri itu tidak lagi tinggal bersama suami selepas 25 November 1986, suami tidak membuat apa-apa aduan kepada Mahkamah bahawa isterinya nusyuz dan tidak mengambil langkah untuk mendapat perintah nusyuz dari Mahkamah. Kami berpendapat jika suami itu betul-betul ingin isterinya balik tinggal dengannya dia seharusnya berusaha supaya perkara itu dapat diselesaikan di luar atau di hadapan Mahkamah. Di dalam al-Quran, kita dapat banyak nasihat dan pedoman mengenai perkara ini. Umpamanya di dalam Surah Al-Baqarah (2):231 yang disebut maksudnya:-
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِتَعْتَدُوا وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ وَلَا تَتَّخِذُوا آَيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَا أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنَ الْكِتَابِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (231)
“ ……. Bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudharat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri.”

Kes di atas telah menjelaskan bahawa perlunya dan menjadi tanggungjawab Defendan dalam kes ini mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk mengisytiharkan Plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Sedikit persamaan di antara kes yang dirujuk dan kes ini iaitu Plaintif telah tidak lagi tinggal bersama dengan Defendan sejak Disember 2000 sehingga kini. Dan sejak itu juga, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh Defendan samada mengadu di Mahkamah atau sebagainya untuk mengisytiharkan Plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Sejak tarikh Plaintif keluar rumah sehingga kes difailkan, tiada wujud sebarang tanda atau bukti tentang usaha Defendan untuk mengajak Plaintif kembali ke pangkuan Defendan. Hanya selepas permohonan cerai secara fasakh difailkan, Defendan memfailkan tuntutan balas untuk mengisytiharkan Plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Pada pandangan Mahkamah, berdasarkan kepada fakta kes berkaitan isu ini, kes di atas yang di rujuk oleh Mahkamah telah menjelaskan secara jelas tentang pendirian Mahkamah berkaitan isu ini.

Sebenarnya pada pandangan Mahkamah, sebelum sesuatu permohonan perisytiharan nusyuz dibuat terhadap seseorang isteri, adalah menjadi kewajipan pada Mahkamah ini meneliti dan membicarakan kes tersebut. Pensabitan nusyuz hanya boleh dibuat oleh Mahkamah ini sahaja dan apabila Mahkamah berpuashati bahawa wujud tanda-tanda bahawa seseorang isteri telah nusyuz. Ini bermakna perisytiharan tersebut banyak bergantung kepada bukti-bukti yang kukuh yang mana menjadi tanggungjawab ke atas suami membuktikannya jika suami itu mendakwa isterinya nusyuz. Kebiasaannya, berdasarkan Perundangan Syariah masa kini, Defendan mempunyai dua kaedah atau cara untuk mengisytiharkan Plaintif sebagai isteri yang nusyuz samada melalui kes Mal ataupun kes jenayah.

Selain itu, Penggunaan Seksyen 60 (1) (2) Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 oleh Defendan sebagai hujjah untuk membolehkan Mahkamah mensabitkan Plaintif sebagai isteri yang nusyuz juga adalah tidak relevan sama sekali. Seksyen berkenaan sebenarnya adalah seksyen yang menerangkan kesan-kesan yang akan berlaku terhadap Plaintif sekiranya Plaintif diisytiharkan oleh mahkamah ini sebagai nusyuz. Selain itu, seksyen tersebut juga menjelaskan selama mana tempoh nusyuz dan bila tempoh tersebut akan tamat. Untuk mengisytiharkan seseorang itu nusyuz ataupun permohonan tersebut boleh difailkan dalam kes Mal selain daripada dalam tuntutan balas, ianya boleh difailkan berdasarkan Seksyen 61 (3) (b) (i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Manakala dalam kes jenayah pula, perlulah merujuk kepada Seksyen 130 Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di dalam Bahagian Penalti.

Secara umumnya Mahkamah sependapat dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Arif Tuan Hakim Zainor Rashid Bin Hassin semasa membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Isteri Nusyuz, Suami Nusyuz: Prosedur, Perlaksanaan Dan Isu-Isu Di Mahkamah Syariah” di dalam Seminar Anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia bersama Jabatan Syariah Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang beliau berpendapat BAHAWA ketiga-tiga cara ini dirasakan sesuai dijadikan panduan kerana ianya tidak bertentangan dengan apa yang diperuntukan di dalam seksyen 7, 66 dan 187 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Negeri Selangor) No 4 Tahun 2003 seperti dibawah:-

Pertama: Notis Permohonan Ex-Parte [Prosiding Interlokutori]
Tindakan permulakan dengan Notis permohonan secara ex-parte boleh dilakukan oleh suami untuk mendapatkan pengesahan bahawa isteri telah nusyuz. Kebiasaannya permohonan secara ex-parte boleh didengar dengan kehadiran satu pihak iaitu Plaintif untuk mendapatkan sesuatu perintah, manakala pihak Defendan hanya diberi peluang untuk menjawabnya selepas menerima perintah tersebut. Merujuk kepada Arahan Amalan No 2 Tahun 2002, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia permohonan ex-parte hendaklah dimulakan prosidingnya di Mahkamah Tinggi Syariah.

Di dalam kes nusyuz, biasanya cara ini dilakukan oleh pihak suami untuk mendapatkan pengesahan dokumen yang pernah di hantar oleh suami (biasanya surat mengarahkan isteri balik- hidup bersama atau supaya taat) dianggap sebagai suatu perintah yang sah dan keingkaran untuk mematuhinya boleh dianggap menghina mahkamah dan dikenakan contoh kes Mat Rasip Manap lawan Zainabi Ibrahim dan Wan Shalihudin lawan Raja Suzana. Secara ringkasnya, di dalam permohonan ex-parte ini suami hanya memohon perintah untuk mendapatkan pengesahan bahawa surat yang telah di hantar kepada isterinya adalah boleh dianggap sebagai suatu perintah yang sah dan keingkaran mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan nusyuz ataupun tidak menurut perintah.

Di dalam membuat permohonan secara ex-parte ini pihak suami perlu mengemukakan affidavit. Di samping itu, ia juga dikehendaki mengemukakan salinan kad pengenalan, salinan surat nikah, salinan surat dari Pejabat Agama Islam Daerah, salinan surat yang dihantar kepada pihak isteri dan bukti penerimaan surat itu oleh pihak isteri. Di samping itu, permohonan secara ex-parte juga tertakluk kepada Arahan Amalan No 11 Tahun 2003, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Bagi pihak isteri pula, selepas ia menerima perintah tersebut ia boleh memfailkan notis bantahan dalam tempoh empat belas hari selepas perintah itu diterima. Tindakan ini boleh dirujuk di dalam kes Mat Rasip Manap lawan Zainabi binti Ibrahim dan Wan Shalihudin Wan Ibrahim lawan Raja Suzana Raja Nasron. Berdasarkan kepada keterangan di atas dan kes yang dikemukakan, boleh dikatakan antara prosiding untuk permohonan mengesahkan isteri telah nusyuz secara ex-parte ialah:

i. Aduan di Pejabat Agama
ii. Proses khidmat nasihat/rundingcara
iii. Menghantar surat kepada isteri supaya balik dan taat. (biasanya secara A.R Register).
iv. Memfailkan kes di Mahkamah (sekiranya usaha di peringkat (ii) dan (iii) gagal. Permohonan dibuat dengan notis Ex-parte berserta affidavit.
v. Perbicaraan di Mahkamah untuk mendapatkan perintah pengesahan
vi. Penyerahan perintah kepada pihak isteri (jika diluluskan)
vii. Pihak isteri membuat bantahan (dalam tempoh 14 hari selepas terima perintah).
viii. Keputusan muktamad dari Mahkamah. [Perbicaraan secara inter - partes]

Kedua: Saman
Tindakan yang perlu diambil oleh suami untuk membuat permohonan mengesahkan isteri telah tidak taat (nusyuz) secara ini akan dibicarakan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak setelah prosiding berkaitan dengan saman sepertimana diperuntukkan dalam Bahagian III, Bab 2 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4 Tahun 2003 disempurnakan. Sekiranya ada pihak yang tidak hadir ada beberapa tindakan boleh dibuat, antaranya:
i. Sekiranya pihak Plaintif tidak hadir kes boleh dibuang. Ini sesuai dengan peruntukan subseksyen 121 (1) (c) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. ( Negeri Selangor) No 4 Tahun 2003.
ii. Sekiranya pihak Defendan tidak hadir kerana Saman tersebut belum dapat diserahkan Mahkamah boleh menangguhkan kes tersebut. Ini sesuai dengan peruntukan subseksyen 121 (2) Enakmen Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4 Tahun 2003.
iii. Sekiranya pihak defendan tidak hadir dan notis telah diterima, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. Ini bersesuaian dengan peruntukan seksyen 51 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4 Tahun 200.
Secara ringkasnya, tindakan yang perlu diambil untuk mengesahkan isteri telah nusyuz berpandukan prosedur ini ialah:
i. Aduan di Pejabat Agama Islam Daerah
ii. Proses Khidmat Nasihat/ Rundingcara
iii. Pihak suami menghantar surat/dokumen kepada isteri supaya kembali semua dan taat (Surat A.R Register)
iv. Memfailkan kes jika usaha (ii) dan (iii) gagal. Permohonan difailkan dengan Saman dan Penyata Tuntutan.
v. Perbicaraan dan keputusan muktamad akan dikeluarkan oleh Mahkamah.

Ketiga : Pembelaan dan Tuntutan Balas
Selain daripada memulakan sendiri prosiding untuk pensabitan nusyuz, seseorang suami boleh melaksanakan prosiding nusyuz setelah menerima Saman daripada isteri. Tindakan membuat pembelaan oleh seseorang suami terhadap tuntutan yang dibuat oleh seseorang isteri dalam tuntutan nafkah, perceraian ta’liq atau fasakh beserta dengan tuntutan balas supaya isteri tersebut disabitkan sebagai seorang yang nusyuz adalah merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mensabitkan seseorang isteri itu nusyuz. Dalam tindakan ini pihak suami hanya perlu menunggu saman dan penyata tuntutan yang difailkan dan membuat pembelaan dan tuntutan balas dalam tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah. Ini selari dengan peruntukan seksyen 66 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4 Tahun 2003. Sekiranya telah ada keputusan mengenai nusyuz sebelum kes tersebut, isu nusyuz tidak boleh dijadikan tuntutan balas. Ini sepertimana dijelaskan melalui Arahan Amalan No 11 Tahun 2001, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Secara ringkasnya, sekiranya isu nusyuz ingin ditimbulkan dalam pembelaan, tindakan yang perlu diambil untuk mengesahkan isteri telah nusyuz berpandukan ialah:
i- Aduan di Pejabat Agama Islam Daerah
ii- Proses Khidmat Nasihat/ Rundingcara
iii- Pihak suami menghantar surat/dokumen kepada isteri supaya kembali semua dan taat (Surat A.R Register)
iv- Terima Saman
v- Failkan Pembelaan dan Tuntutan balas
vi- Perbicaraan
vii- Keputusan Mahkamah
Manakala dalam kes Jenayah, secara ringkasnya pendakwaan kes nusyuz oleh Pendakwa Syarie atau Pegawai Penguatkuasa Agama adalah seperti berikut: -
i - Aduan oleh suami kepada Penguatkuasa Agama.
ii - Penguatkuasa Agama membuat siasatan.
iii- Penguatkuasa Agama memanjangkan kes untuk diteliti oleh Pendakwa.
iv- Pendakwa mendaftarkan kes
v- Pihak Mahkamah mendaftar dan menentukan tarikh sebutan dan perbicaraan
vi- Saman dikeluarkan oleh pihak Mahkamah kepada Tertuduh.
vii- Tuduhan akan dibacakan dan perbicaraan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan
viii- Mahkamah akan membuat keputusan.
Bagi kes dakwaan yang dibuat oleh seorang pengadu tindakan pendakwaan yang berjalan adalah seperti berikut:-
i- Aduan pihak suami dihadapan hakim. Ini berdasarkan peruntukan subeksyen 74 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No 3 Tahun 2003.
ii- Mahkmah arahkan Penguatkuasa Agama membuat siasatan.
iii- Penguatkuasa Agama mengemukakan hasil siasatan kepada Mahkamah ataupun memanjangkan kes untuk diteliti oleh Pendakwa (Lebih baik panjangkan kepada Pendakwa ].
iv- Pendakwa mendaftarkan kes.
v- Pihak Mahkamah mendaftar dan menentukan tarikh sebutan dan perbicaraan.
vi- Saman dikeluarkan oleh pihak Mahkamah kepada Tertuduh.
vii- Pengadu mohon kebenaran mendakwa.
viii- Tuduhan akan dibacakan dan perbicaraan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan.
ix- Mahkamah akan membuat keputusan.

Di dalam kes Mal, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak Plaintif. Sekiranya ianya dijadikan sebagai satu pembelaan dan tuntutan balas oleh pihak Defendan, pembuktian untuk membuktikan isteri itu nusyuz terletak pada pihak suami yang membuat tuntutan balas tersebut. Ini selari dengan kaedah
“ البينة على المدعى واليمين على من انكر "
Maksudnya:-Keterangan atas yang mendakwa dan Sumpah atas yang Ingkar
dan ianya selari dengan peruntukan seksyen 72, 73. 74 dan 75 Enakmen Keterangan Mahkmah Syariah (Negeri Selangor) No 5 Tahun 2003. Plaintif bertanggungjawab untuk membuktikan segala dakwaan dan alasan-alasan permohonan beliau. Seksyen-seksyen tersebut memperuntukkan bahawa
72. Beban mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta al Mudd’a’alaih).
73. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.
74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding adalah terletak pada orang yang akan gagal sekiranya tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.
75. Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.

Di dalam kes Norazian Binti Mohd Yusof lwn Khairul Azmi Bin Mohd Rasid, Yang Amat Arif Hakim menyatakan:
“Mengikut undang-undang sesiapa mendakwa, beban pembuktian adalah terletak di atasnya, lihat seksyen 72 Enakmen Keterangan Syariah 1991 tetapi pihak Defendan tidak membawa saksi seperti dikehendaki oleh Syarak”

Di dalam kes jenayah pula, selari dengan kaedah

Maksudnya: Pada asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungan.

Dalam kes yang dibicarakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati selain dari pengakuan Plaintif bahawa Plaintif keluar dari rumah kelamin, Defendan tidak membuktikan apa-apa yang membolehkan Mahkamah ini mensabitkan Plaintif telah nusyuz. Semasa perbicaraan berlangsung tiada bukti yang jelas oleh Defendan yang menunjukkan tindakan-tindakan di atas diambil oleh defendan atau qarinah lain yang boleh menguatkan dan membuktikan dakwaan Defendan adalah benar. Dakwaan Defendan ini sebenarnya tidak dibuktikan dengan apa pembuktian yang sepatutnya dan oleh yang demikian Mahkamah berpendapat dakwaan tersebut gagal dibuktikan dan wajar ditolak tuntutan balas Defendan tersebut.

Isu yang seterusnya adalah Defendan cuai memperuntukkan nafkah kepada Plaintif seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003.

Sebelum mahkamah mengulas lanjut isu ini, haruslah difahami apakah yang dimaksudkan dengan pengertian yang dimaksudkan oleh Hukum Syara’ terlebih dahulu. Untuk ini, Mahkamah merujuk kepada Kes Rosnani Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli. Hakim Bicara dalam kes ini, Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar Bin Ahmad yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan Pengertian Nafkah tersebut. Menurutnya dalam kes tersebut:-

“Nafkah adalah segala yang dibelanjakan kata nafkah hanya dipergunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari suaminya itu ada tujuh iaitu 1) makan 2) lauk 3) pakaian 4) kebersihan 5) pakaian 6) perkakas rumah tempat tinggal 7) khadam jika biasa berkhadam. Kesimpulannya adalah wajib suami memberi nafkah kepada isteri atau di dalam tanggungannya sepertimana di dalam syarah Kitab Raudh al-Thalib Juzuk 3, Bahagian an-Nafkah muka surat 426.”

Selain itu, ianya telah dijelaskan dalam al-Quran dalam Surah An-Nisa’ yang berbunyi:-



Maksudnya:“Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan-perempuan kerana Tuhan telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana itu lelaki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya sebab itu perempuan yang baik ialah perempuan yang patuh dan menjaga dirinya semasa suaminya tiada, bahagian yang disuruh Allah.”

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda yang berbunyi:-



Maksudnya: “Dan takutlah kamu akan Allah dalam perkara - perkara perempuan - perempuan kerana sesungguhnya kamu telah ambil mereka dengan amanah Allah, kamu telah menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah dan bagi mereka atas kamu rezeki mereka dan pakaian mereka yang baik.”

Dalam Kes Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor yang mana dalam kes ini, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa berdasarkan qaul Imam Shafii’, yang memutuskan bahawa perkahwinan hanya boleh difasakhkan setelah dibicarakan dan diputuskan oleh Kadi atau Hakim Mahkamah, dan hak untuk fasakh tersebut sekiranya kerana papanya, adalah seperti berikut;
1. Tiada kuasa memberi belanja makna dan minum.
2. Tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut.
3. Tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut.
4. Tidak kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.

Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan si suami tidak mempunyai harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah Kadi atau Hakim itu memberi tempoh tiga hari. Kemudian selepas tiga hari serta malamnya tiada juga kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu separuh nafkah yang biasa) maka barulah Kadi atau Hakim tersebut menfasakhkan nikah tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi, Sabda Rasulullah s.a.w.:


Ertinya: Telah bersabda Rasullullah s.a.w berkenaan seorang laki-laki yang tiada dapat memberi nafkah kepada isterinya hendaklah dipisahkan antara keduanya.

Berdasarkan hukum fiqh yang yang tersebut dalam Kitab Sunan al-Matalib bin Syarki Raudi al-Matalib;

“Bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu memberi nafkahnya dan dia mempunyai hak fasakh atas perkahwinannya. Dan bahawa jika ia (isteri) memilih untuk bersabar ia boleh bersabar dan membelanjakan wang ringgitnya sendiri untuk dirinya dengan perkiraan perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya hingga suami itu terlepas dari kesusahan yang dihadapi. Dan sekiranya ia (isteri) memilih fasakh, maka ia berhak berbuat demikian.”

Berdasarkan kepada keterangan keterangan Plaintif, Defendan didakwa telah cuai memperuntukkan nafkah yang cukup kepada Plaintif yang mana keterangan ini disokong oleh keterangan SP 1 dan SP2 yang menyebutkan bahawa dalam keadaan dan tempoh tertentu Plaintif sering menelefon mereka mengadu tiada makanan yang boleh dimakan di rumah kelamin Plaintif dan Defendan. SP1 dan SP2 juga memberitahu mahkamah bahawa mereka kerapkali menghantar makanan kepada Plaintif apabila Plaintif memaklumkan kepada mereka tiada makanan di rumah. Selain itu, SP2 juga memberitahu Plaintif kerap meminjam duit daripanya untuk membeli keperluan peribadinya kerana Plaintif mendakwa tidak berikan wang tunai bagi membolehkan Plaintif membeli keperluan tersebut. Berdasarkan keterangan Plaintif dan SP1 dan SP2 kejadian yang berlaku mungkin berlaku dalam tempoh selepas kejadian Plaintif keluar rumah pada 1996 sehingga bulan Disember 2000.

Namun agak malang, Plaintif tidak mengemukakan tempoh yang tepat berapa lamakah keadaan itu berlangsung dan berlaku sedangkan Defendan dalam keterangannya menafikan bahawa Defendan cuai memperuntukkan nafkah seperti didakwa. Penafian Defendan ini dikuatkan lagi dengan keterangan SD1 dan SD2 yang menyatakan segala keperluan rumah disediakan oleh Defendan di rumah kelamin mereka. Menurut SD1, yang juga merupakan adik Defendan dan orang yang bersama-sama tinggal dengan defendan dan Plaintif bahawa pada kebiasaannya Defendan menyediakan keperluan - keperluan asas di rumah tersebut.

Berdasarkan keterangan Plaintif dan Defendan, selepas tarikh Plaintif keluar rumah pada bulan Disember 2000, Defendan telah tidak menyediakan peruntukan nafkah kepada Plaintif. Ini diakui sendiri oleh Defendan dalam keterangannya yang menyatakan bahawa Defendan tidak memberi nafkah kepada Plaintif disebabkan tidak tahu tempat tinggal Plaintif walaupun Defendan pernah pergi ke rumah ibu bapa Plaintif beberapa kali namun Defendan tidak singgah kerana tidak melihat kereta Plaintif. Pada anggapan Mahkamah, walaupun Plaintif telah keluar dari rumah kelamin, Defendan wajib memperuntukkan nafkah kepada Plaintif selagi mana Plaintif masih lagi merupakan isteri Defendan. Tindakan yang boleh menghalang Plaintif daripada menerima nafkah sebagai isteri hanyalah akan berlaku jika ada pensabitan nusyuz terhadapnya dikeluarkan oleh Perintah mana-mana Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Prinsip telah dijelaskan di dalam kes Hasanah Binti Abdullah lawan Ali Bin Muda (1999) JH (1420)H, Yang Arif Hakim berpendapat:
“Mengikut Hukum Syara’ seorang isteri yang ditalaq dengan talaq raj’ie tidak berhak kepadanya nafkah ‘iddah jika dianya melakukan nusyuz. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk 2, muka surat 82 diperuntukkan yang bererti –
“Jika seseorang menceraikan isterinya yang sedang nusyuz kepadanya, maka isteri tersebut tidak berhak mendapat tempat tinggal selama dalam ‘iddah kerana isterinya itu tidak berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal menurut dasar pernikahan. “

Selain itu, ia turut dinyatakan secara jelas Di dalam kes Norazian Binti Mohd Yusof lwn Khairul Azmi Bin Mohd Rasid Yang Amat Arif Hakim menyatakan:
“ Mengikut undang-undang sesiapa mendakwa, beban pembuktian adalah terletak di atasnya, lihat seksyen 72 Enakmen Keterangan Syariah 1991 tetapi pihak Defendan tidak membawa saksi seperti dikehendaki oleh Syarak”
“ Di dalam kes ini, Defendan telah menyatakan bahawa isterinya Plaintif adalah nusyuz kerana menggugurkan anak, keluar rumah tanpa izin dan dakwaan ini semua adalah merupakan dakwan yang diperlukan saksi yang mencukupi berbanding kepada Plaintif, oleh itu saksi penting di dalam kes ini ialah bapa/ibu kepada Defendan harus dipanggil, malahan doctor juga harus dipanggil.
Oleh kerana kes telahpun sampai ke tahap KEPUTUSAN, Mahkamah tiada pilihan lain selain menyatakan bahawa dakwaan ke atas Plaintif adalah DITOLAK dan dia (Plaintif) berhak mendapat nafkah eddah malahan tiada dibuktikan di mana juga Mahkamah bahawa Plaintif adalah nusyuz.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Mahkamah dalam isu yang ketiga di atas, Plaintif sehingga kini masih lagi merupakan isteri Defendan yang taat kerana tiada sebarang perintah Mahkamah yang dikeluarkan terhadap Plaintif yang menyatakan Plaintif adalah seorang isteri yang nusyuz. Walaupun mungkin ada tanda-tanda perlakuan nusyuz itu berlaku terhadap defendan namun oleh kerana tiada sebarang perintah yang menyatakan dan membuktikan demikian, Mahkamah beranggapan adalah wajib ke atas Defendan memperuntukkan nafkah kepada Plaintif walau di mana sekalipun Plaintif tinggal tanpa perlu menunggu Plaintif menuntutnya di Mahkamah.

Pada asalnya, kewajipan memberi nafkah kepada isteri tidak wujud melainkan hanya setelah Defendan mengahwini Plaintif. Pada ketika Defendan mengahwini Plaintif beban menyediakan nafkah kepada Plaintif selaku isteri adalah terletak kepada Defendan selagi masih bergelar suami isteri disebabkan wujudnya perkahwinan tersebut. Oleh itu, apabila wujud dakwaan Defendan tidak memberi nafkah kepada Plaintif, Mahkamah beranggapan bahawa adalah menjadi beban kepada Defendan untuk mengemukakan bukti bahawa nafkah yang didakwa telah diberikan kepada Plaintif.

Dalam kes ini berdasarkan pengakuan Defendan, Defendan selepas Plaintif keluar dari rumah kelamin pada Disember 2000 telah sememangnya tidak memberikan nafkah dengan dakwaan bahawa semua keperluan telah disediakan di rumah kelamin mereka. Defendan turut mengakui bahawa tidak pernah memberi nafkah samada makanan, pakaian atau tempat tinggal lain selepas Plaintif keluar dari rumah mereka. Jika dihitung mulai Disember 2000 sehinggalah permohonan fasakh ini difailkan pada 14 Ogos 2002, Mahkamah dapati bahawa defendan telah tidak memperuntukkan nafkah tersebut selama lebih kurang 18 bulan yang mana ianya melebihi tempoh yang disyaratkan di dalam Seksyen 53 (1) (b).

Isu yang terakhir adalah samada rumahtangga Plaintif dan Defendan telah pecah belah;

i)- Tiada Persefahaman kerana sering berlaku pertengkaran;
ii)- Tinggal berasingan sejak Januari 2001 sehinggalah ke hari ini
iii)- Tiada hubungan suami-isteri sejak Januari 2001 sehingga ke hari ini.

Dan jika sabit dakwaan Plaintif rumahtangganya bersama Defendan telah pecah belah adakah Mahkamah boleh mensabitkan perceraian secara fasakh seperti dikehendaki Seksyen 53 (1) (l) EUUKIS 2003.

Mahkamah juga menolak hujjah Plaintif tersebut di atas berdasarkan tiada bukti jelas yang boleh Mahkamah sabitkan ataupun membubarkan pernikahan Plaintif dan Defendan berasaskan alasan-alasan Plaintif seperti di atas. Ketiga-tiga alas an tersebut adalah tidak sesuai dan tidak relevan untuk digunakan sebagai lain-lain alas an yang diharuskan oleh Hukum Syarak untuk membenarkan Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif seterusnya membubarkan dan memfasakhkan pernikahan kedua-dua pihak dalam kes ini.

Pada Pendapat Mahkamah, Mahkamah hanya menghukum berdasarkan apa yang dizahirkan sahaja sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:-
امرت أن أحكم بالظواهر والله يتولى بالسرائر
Maksudnya:- “Aku di suruh menghukum dari segi zahirnya, Allah sahaja mengetahui batinnya.”

Keputusan
Berdasarkan alasan-alasan yang telah diberikan maka mahkamah memutuskan seperti berikut:-
1- Mahkamah sabitkan Defendan telah gagal memperuntukkan nafkah kepada Plaintif selama tempoh 3 bulan.
2- Mahkamah dengan ini meluluskan permohonan Plaintif untuk membubarkan dan memfasakhkan pernikahannya dengan Defendan di bawah Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
3- Mulai hari ini, 12hb Oktober 2004, jam lebih kurang 10.15 pagi, Mahkamah dengan ini memerintahkan pernikahan Plaintif Nor Faizah Binti Abdul Samad dan Defendan Abu Bakar Bin Abdul Ghaffar dibubarkan dan difasakhkan.
4- Mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Klang dan Surat Nikah No. 067065 Bilangan Daftar 24/96 dipulangkan dan dibatalkan.
5- Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini boleh memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan ini dibacakan.


………………………….…
Tandatangan Hakim
12.10.2004

13 comments:

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kerja dari rumah di sini.

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.